Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat kemahiran sepanjang tempoh PKP

Suri rumah raih pendapatan hasil menjahit manik, menampal batu pada baju, tudung

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sememangny­a telah menjejaska­n ekonomi rakyat berikutan banyak sektor perniagaan dan perkhidmat­an telah ditutup sementara bagi mencegah penularan COVID-19.

Bagaimanap­un, tempoh PKP itu telah membuka jalan rezeki bagi mereka yang bijak memanfaatk­an peluang dan ruang dengan melakukan apa juga aktiviti yang boleh memberi pendapatan.

Berbekalka­n kemahiran dan pengalaman yang ada, seorang surirumah, Nadiatul Humairah Mohamed Noor masih mampu meraih pendapatan dengan menawarkan servis menjahit manik dan menampal batu pada baju dan tudung dari rumah.

Berumur 31 tahun, beliau mempelajar­i teknik menjahit manik daripada ibunya sendiri ketika di bangku sekolah lagi dan kemudianny­a melakukan aktiviti itu sebagai hobi untuk diri sendiri.

“Bermula dari situ, kawankawan dan saudara mara mulai menempah dan akhirnya saya membuka tempahan kepada orang ramai secara serius pada tahun 2012 selepas saya tamat belajar. Saya banyak mempromosi­kan servis dan hasil kerja secara dalam talian,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran, ibu kepada tiga orang anak itu berkata beliau sebelum ini pernah membuka kedai, bagaimanap­un terpaksa ditutup berikutan beliau perlu memberi komitmen yang tinggi kepada keluarga.

Namun beliau tidak putus asa, sebaliknya berbekalka­n modal secukupnya, beliau bermula sekali lagi dari rumah dengan meluaskan tempahanny­a iaitu menjahit manik untuk baju dan veil pengantin.

“Harga servis ditawarkan bergantung dengan rekaan dan corak pilihan pelanggan. Paling rendah adalah RM10 iaitu untuk menampal batu pada tudung dan paling tinggi adalah RM300 ke atas untuk menampal manik pada baju pengantin yang sememangny­a memerlukan teknik dan kesabaran yang tinggi untuk menyiapkan­nya. Kalau pelanggan boleh sediakan kelengkapa­n, harga dikenakan lebih murah.

“Dalam sebulan selalunya saya boleh memperoleh­i sekitar RM1,000 ke atas, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan atau musim perkahwina­n. Dalam tempoh PKP ini, pendapatan ada sedikit kurang, tetapi saya bersyukur kerana masih ramai saudara mara, rakan dan juga pelanggan baharu yang masih membuat tempahan,” jelasnya.

Nadiatul turut merancang untuk menambah ilmu dan mengasah lagi kemahirann­ya dengan mengikuti kursus jahitan manik bagi mendapatka­n Sijil Kemahiran Malaysia dan seterusnya menyimpan impian menjadi tenaga mengajar untuk generasi akan datang.

Beliau berharap impiannya itu akan mampu melahirkan lebih ramai generasi muda yang menceburi bidang jahitan manik sebagai hobi dan juga kerjaya memandangk­an pada ketika ini servis menjahit manik adalah terhad.

“Servis menjahit manik memang bermusim dan lebih banyak permintaan pada musim perayaan dan musim orang kahwin.

Tetapi pada hari-hari biasa, tempahan masih ada seperti dalam tempoh PKP sebelum ini, saya memanfaatk­an kemahiran dengan menghasilk­an tali penyambung untuk memudahkan wanita bertudung yang memakai pelitup muka.

“Meskipun saya bergelar surirumah sepenuh masa, namun ia tidak menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti yang saya suka dan minat. Kalau hobi dan minat itu boleh dijadikan sebagai satu mata pencarian, ia adalah satu bonus. Apa yang penting, kita perlu bijak membahagik­an masa,” jelasnya.

 ??  ?? TEKUN: Nadiatul tekun menyiapkan jahitan manik pada baju pelanggan.
TEKUN: Nadiatul tekun menyiapkan jahitan manik pada baju pelanggan.
 ??  ?? SIAP: Antara hasil tampalan batu pada tudung pelanggan.
SIAP: Antara hasil tampalan batu pada tudung pelanggan.
 ??  ?? HASIL: Antara tali penyambung bagi memudahkan wanita bertudung yang memakai pelitup muka.
HASIL: Antara tali penyambung bagi memudahkan wanita bertudung yang memakai pelitup muka.
 ??  ?? TEMPAHAN: Antara hasil jahitan manik pada baju pengantin.
TEMPAHAN: Antara hasil jahitan manik pada baju pengantin.
 ??  ?? NADIATUL HUMAIRAH
NADIATUL HUMAIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia