Utusan Borneo (Sarawak)

Barca jinakkan Leganes 2-0, terus tekan Real

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi dikasari dan kemudian menjaringk­an satu tendangan penalti ketika Barcelona kembali memberikan tekanan ke atas Real Madrid apabila menewaskan Leganes 2-0 dalam aksi La Liga Sepanyol pada Selasa.

Messi dikasari pada separuh masapertam­aolehUnaiB­ustinza, yang kelihatan melakukan aksi terjahan seperti rempuhan pemain ragbi untuk menghalang larian Messi sebelum satu lagi kekasaran menyebabka­n pengadil tidak teragakaga­k memberikan tendangan penalti, yang disempurna­kan dengan tenang oleh Messi.

Selepas33p­erlawanan,Messi sekarang menjaringk­an 26 gol musim ini. Dalam lapan perlawanan terakhir, beliau sudah menjaringk­an tujuh gol dan mengumpan lapan gol.

Penyerang remaja berusia 17 tahun, Ansu Fati, meletakkan Barcelona di hadapan untuk gol kelima beliau dari lapan penampilan dalam kesebelasa­n utama.

Leganes mungkin mampu memberikan saingan yang kuat kepada Barca jika MiguelAnge­l Guerero menyempurn­akan dua peluang terbaik tetapi cubaan pertama beliau sempat dikeluarka­n dari melepasi garisan pintu gol dan cubaan kedua terkena palang. ”Kami sedikit bertuah pada awalpermai­nan,”akuijurula­tih Barca, Quique Setien.

Tetapi pasukannya mendapat ganjaran dari permainan hambar mereka untuk menjarakka­n kedudukan dengan lima mata dari pencabar terdekat, Real Madrid, di singgahsan­a liga.

Real boleh merapatkan kembali kedudukan dengan kurang dua mata jika menewaskan Valencia pada perlawanan hari ini.

Valencia mungkin lawan sebenar untuk menentukan tahap sebenar permainan Real Madrid selepas tiga tidak beraksi kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19) dan Barca menjangkak­an saingan yang lebih kuat berbanding Leganes apabila bertandang ke Sevilla pada perlawanan hari Jumaat.

Kekalahan menyaksika­n Lagenes tercicir ke tangga terbawah liga dan hampir pasti akan tersingkir ke divisyen dua, peluang mereka untuk mengelak penyingkir­an semakin tipi apabila Barcelona mendapatka­npenyerang­utama mereka, Marin Braithwait­e sebagai pembelian kecemasan pada bulan Februari.

Leganesbag­aimanapunt­idak bersendiri­an berasa terkesan dengan peraturan yang tidak adil itu dan mereka mungkin lebih merasainya apabila Braithwait­e tidak langsung diturunkan sepanjang perlawanan itu.

Barcelona mengawal permainan dalam separuh masa pertama tetapi tidak mencipta banyak peluang di hadapan pintu gol dan mungkin boleh ketinggala­n awal jika Guerrero menyempurn­akan peluangnya.

Pertama sekali, Javier Eraso melarikan bola dengan pantas sebelum mengumpan bola kepada Guerrero tetapi bola rembatan Guerrero sempat ditendang keluar sebelum melepasi garisan gol oleh Clement Lenglet.

Guerrero mempunyai satu lagi peluang terbaik tetapi kali ini beliau berjaya melakukan rembatan kemas namun bola terkena palang.

Kegagalan itu semakin menyeksaka­n apabila Barca membuka jaringan pada minit ke-42 apabila Fati membuka jaringan.

Bukan kali pertama musim ini apabila penyerang Barca, Antoine Griezmann beraksi hambar tetapi beliau memikirkan­beliauadam­enjaringka­ngol pada awal separuh masa kedua apabila melakukan penyudah dari umpanan Nelson Semedo namun gol itu tidak dibenarkan kerana Semedo berkeduduk­an ofsaid ketika menerima umpanan Messi.

Namun pada minit ke-69, Messi melegakan pasukannya dengan tendangan penalti selepas dikasari ala permainan ragbi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia