Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah venue latihan gimnastik artistik Sabah dapat perhatian Phoong

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Masalah venue latihan skuad gimnastik artistik Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah dapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe.

Sebaik mendapat kebenaran menjalani latihan di lapangan minggu lalu, selepas hanya berlatih di rumah sebelumnya ekoran krisis COVID-19, atlet gimnastik artistik SUKMA Sabah mendapati mereka tidak dapat menggunaka­n venue latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK).

Venue mereka di Dewan Serbaguna KSKK itu tidak dapat digunakan kerana ia sebangunan dengan bahagian yang digunakan sebagai wad tambahan Hospital Queen Elizabeth atau pusat kuarantin COVID-19.

Sebaik dimaklumka­n masalah itu, Phoong telah mengadakan perjumpaan dengan jurulatih dan atlet skuad itu di pejabatnya di sini, dua hari lalu untuk mencari penyelesai­an.

“Saya telah berjumpa dengan jurulatih gimnastik, Liew Tong Ee dan atletatlet gimnastik petang tadi (dua hari lalu) untuk mendalami masalah yang dihadapi oleh pasukan gimnastik SUKMA Sabah.

“Saya difahamkan pasukan gimnastik SUKMA Sabah mengalami kesukaran kembali ke pusat latihan gimnastik untuk menjalanka­n latihan persediaan SUKMA disebabkan pusat latihan tersebut terletak bersebelah­an dengan pusat kuarantin COVID-19 di KSKK..

“Saya akan berbincang dengan Lembaga Sukan Sabah (LSS) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah untuk mencari cara penyelesai­an yang terbaik supaya atlet-atlet gimnastik kita dapat kembali menjalani latihan seawal mungkin bagi pastikan prestasi atlet tidak terjejas,” kata Phoong

Sambil itu, Tong Ee menyifatka­n pertemuan itu memberi harapan positif untuk mereka mendapatka­n venue latihan bagi membolehka­n atlet dapat kembali berlatih di lapangan secepatnya.

“Kami sangat gembira dengan pertemuan itu dan hasilnya. Respon pantasnya terhadap masalah kami terutama dalam mencari alternatif venue latihan sementara adalah sesuatu yang terpuji. Beliau juga sangat mesra dan bertenaga.

“Harap-harap kami dapat balik ke venue latihan di KSKK atau kalau tidak pun akan dapat alternatif venue secepat mungkin.

“Atlet gimnastik negara dan negeri-negeri lain sudah memulakan latihan. Pencabar utama kategori lelaki di SUKMA majoriti terdiri daripada atlet kebangsaan.. sebab itu kami perlu segera kembali berlatih dengan lebih gigih di lapangan agar tidak ketinggala­n dengan atlet negeri lain,” katanya.

Tong Ee berterima kasih kepada Phoong, MSN Sabah dan LSS serta Prsiden Persatuan

Gimnastik Negeri Sabah (PGNS), Dr Judy Mahibol kerana prihatin dengan masalah mereka.

Menurutnya, Judy juga telah memainkan peranan penting mengemukak­an masalah venue itu kepada MSN Sabah sebelum ini.

Sebagai rekod, ianya kali pertama sejak 2016, Sabah akan menghantar skuad penuh gimnastik artistik yang terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita bertanding pada edisi ke-20 SUKMA 2020.

SUKMA 2020 yang sepatutnya berlangsun­g di Johor pada 11-19 Julai bagaimanap­un telah ditunda ke 6-14 Mac 2021 disebabkan krisis COVID-19.

 ??  ?? BINCANG: Phoong berbincang mengenai masalah venue latihan dengan Tong Ee dan atlet gimnastik di pejabatnya di Kota Kinabalu, dua hari lalu.
BINCANG: Phoong berbincang mengenai masalah venue latihan dengan Tong Ee dan atlet gimnastik di pejabatnya di Kota Kinabalu, dua hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia