Utusan Borneo (Sarawak)

‘Sekarang adalah masa untuk bertindak’ menentang perkauman, tegas Sterling

-

LONDON, England: Penyerang antarabang­sa England, Raheem Sterling berkata pada Selasa bahawa “sekarang adalah masa untuk bertindak” menentang perkauman.

Sterling bersuara berikutan dengan bantahan Black Lives Matter (BLM) di seluruh dunia ekoran kematian George Floyd ketika cuba ditahan anggota polis di Amerika Syarikat (AS).

Bantahan BLM juga menyebabka­n perdebatan baharu tentang kekurangan jurulatih dan pentadbir sukan berkulit hitam dalam di Britain.

Sterling berkata mereka berkulit hitam sudah “bosan” dan mahu melihat tindakan sebenar diambil.

“Saya merasakan saya bercakap bagi kebanyakan mereka berkulit hitam, semua orang sudah bosan. Dengan bantahan yang berlaku sekarang di Amerika telah beralih ke UK (United Kingdom),” kata pemain sayap kelab Manchester City.

“Ramaiorang­sudahberdi­am diri dan menggunaka­n peluang ini sebagai masa untuk cuba bukan hanya mendapatka­n jawapan tetapi melakukan perubahan kepada masyarakat.

“Ia sesuatu yang semakin banyak muncul dan sesuatu yang menarik. Saya amat percaya bahawa sekarang adalah masa untuk kita bertindak. Saya melakukan usaha saya di sebalik tabir.”

Komen terbaharu Sterling itu hadir sehari selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumka­n satu semakan kerajaan ke atas “semua aspek ketidaksam­aan” berikutan dengan satu gelombang tunjuk perasaan anti-perkauman di Britain.

Tetapi David Lammy, jurucakap kehakiman untuk parti pembangkan­g utama, Parti Buruh, berkata semakan, salah satu dari beberapa semakan dalam beberapa tahun yang lalu, hanya satu cara untuk menangguhk­an tindakan sebenar dan kelihatan seperti “ditulis di belakang kotak rokok untuk mengurangk­an bantahan Black Lives Matter”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia