Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pemilihan sebagai calon terserah kepada KM: Nelson

-

MIRI: Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Nelson Balang Rining menyerahka­n keputusan akhir kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), sama ada akan memilih beliau sebagai calon atau sebaliknya.

Beliau berkata, terpulang kepada budi bicara Ketua Menteri jika mahukan beliau bertanding sebagai calon mewakili GPS-PDP di kerusi N.81 Ba’Kelalan dan yakin dengan kemampuann­ya untuk merampas semula kerusi berkenaan.

“Semuanya terpulang kepada Ketua Menteri. Jika beliau mahukan saya, saya akan bertanding. Jika beliau tidak mahu, saya pun tak boleh nak bertanding.

“Persoalann­ya sekarang adalah sama ada anda adalah calon boleh menang atau sebaliknya.

“Saya tidak boleh katakan saya adalah calonnya, ia terpulang kepada Ketua Menteriunt­ukmemutusk­annya,” ujar beliau lagi.

Nelson memberitah­u demikian kepada pemberita di sini, selepas Majlis Penyerahan Tugas Selaku Pengerusi LAKU Management (LAKU) kepada beliau daripada pengerusi terdahulu Datuk Alice Jawan Empaling di pejabat LAKU di sini, semalam.

Majlis penyerahan tersebut disaksikan Menteri Utili Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Nelson pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan selama dua penggal selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ba’Kelalan pada 2004 susulan nahas helikopter yang mengorbank­an penyandang­nya Datuk Judson Sakai Tagal.

Nelson memperoleh­i 1,452 undi sekali gus menewaskan calon Bebas Baru Bian yang mendapat 1,391 undi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2006, Nelson sekali lagi bertanding atas tiket BN-SPDP ketika itu, menewaskan Baru dengan majoriti 475 sahaja selepas memperoleh­i 2,064 undi.

Beliau kemudian mengundur diri pada PRN 2011 selepas tujuh tahun berkhidmat untuk DUN Ba’Kelalan dan memberi laluan kepada muka baharu Willie Liau, yang kemudianny­a tewas kepada Baru yang mewakili PKR ketika itu.

Sementara itu, pada 2 Julai lalu di Lawas, Baru mengumumka­n beliau akan bertanding mempertaha­nkan kerusi Ba’Kelalan pada PRN akan datang namun kali ini mewakili parti yang baharu disertainy­a, Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia