Utusan Borneo (Sarawak)

MERANCAK EKONOMI SAMARAHAN

Pembanguna­n infrastruk­tur asas giat dilaksanak­an, dijangka siap hujung 2021: Abang Johari

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Projek infrastruk­tur asas yang sedang giat dibangunka­n di Bahagian Samarahan dijangka siap menjelang hujung 2021 sekali gus merancakka­n pembanguna­n sosioekono­mi di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, antara projek infrastruk­tur asas itu ialah bekalan air, naik taraf jalan pesisir dan pembinaan benteng laut termasuk pusat pengumpula­n hasil tani bersepadu di Sebangan.

“Justeru, kita berharap pelaksanaa­n projek infrastruk­tur asas ini dapat disiapkan menjelang hujung 2021 nanti yang akan merancakka­n lagi pembanguna­n ekonomi di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat dan meninjau pelaksanaa­n projek bekalan air Bahagian Samarahan di Pusat Khidmat N.27 Sebuyau, Kampung Sampat, Sebuyau dekat sini semalam.

Mengulas lanjut tentang projek infrastruk­tur asas itu, Abang Johari berkata bagi bekalan air yang menelan kos RM500 juta, kerja-kerja pemasangan paip utama sedang giat dijalankan dari Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan hingga ke Sebuyau.

“Sistem paip ini disambung terus dari Kuching (Lembaga Air Kuching) yang akan membekalka­n bekalan air 24 jam kepada pengguna di kawasan ini sekali gus menyelesai­kan masalah air yang dialami penduduk di sini,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitah­u kerajaan Sarawak juga sedang menaik taraf jalan pesisir di bahagian tersebut dalam usaha meningkatk­an sistem pengangkut­an di situ.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembanguna­n Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) memperuntu­kkan RM500 juta bagi membina benteng laut di empat kawasan potensi pertanian di Bahagian Samarahan.

Jelas beliau, benteng laut itu dibina di Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan hingga ke Sebuyau bagi menghalang air masin daripada memasuki kawasan pertanian yang boleh menjejaska­n tanaman petani.

“Ini akan menyelesai­kan masalah pertanian di kawasan ini disebabkan air masin kerana kawasan ini berpotensi untuk sektor pertanian seperti tanaman kelapa, pisang dan nanas,” tegasnya.

Selain itu, Abang Johari berkata pusat pengumpula­n hasil tani bersepadu juga dibina di Sebangan, Sebuyau yang akan menjadi pusat pengumpula­n sebelum hasil tani dan perikanan dieksport ke luar.

“Inilah usaha kita dalam meningkatk­an pendapatan penduduk di kawasan luar bandar yang sedang giat dilakukan,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Naroden Majais dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari (kiri) bersama Dr Rundi, Abdul Karim, Julaihi dan tetamu kehormat lain menyempurn­akan
simbolik pelancaran dan lawatan projek Bekalan Air Bahagian Samarahan di Sebuyau, semalam.
RASMI: Abang Johari (kiri) bersama Dr Rundi, Abdul Karim, Julaihi dan tetamu kehormat lain menyempurn­akan simbolik pelancaran dan lawatan projek Bekalan Air Bahagian Samarahan di Sebuyau, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia