Utusan Borneo (Sarawak)

John Sikie lanjutkan pemantauan RTP di empat kawasan

-

BINTULU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai meneruskan lawatan kerja pemantauan­nya ke atas Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) di kawasan Bawan, Pengkalan Lobang, Sungai Duan dan Lubok Bukut semalam.

Beliau turut diiringi Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu Minjon Simanding serta kakitangan JKR Sibu.

Antara yang dilawati ialah tapak projek futsal Rumah Nyaun, projek jalan depan Rumah Jeffery Irut, Rumah Tangkun dan Rumah Minggu sertaproje­kmenaiktar­afjalanke Rumah Gajah dan Rumah Latit sertaproje­k‘LangkauPen­ganti’ Rumah Steven Ansi.

Pada masa sama, John Sikie turut menyampaik­an cek geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Empenit Pengkalan Lobang Mukah termasuk cek MRP

RM8,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Lobang.

Insentif diberikan kepada sekolah itu adalah mengambil kira akan kelulusan 100 peratus yang diraih dalam peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019.

John Sikie berkata, setiap sekolah di DUN Kakus yang mencapai keputusan 100 pe-ratus dalam UPSR akan diberi insentif merangkumi dua kategori iaitu pencapaian kelulusan 100 peratus dalam UPSR dan pencapaian kelulusan 100 peratus pelajar atau mendapat 5A dan lebih.

“Kita memberikan insentif tersebut sebagai tanda mengiktira­f, menghargai usaha dan peranan pihak sekolah, PIBG serta pelajar yang bekerja keras untuk mencapai kecemerlan­gan tersebut, sekali gus sebagai galakan kepada setiap pelajar di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungja­wab bersama pihak sekolah dan PIBG untuk memastikan sesebuah sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan.

“Ibu bapa juga diminta memantau anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah terutama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang mana anak-anak mereka terpaksa bercuti panjang duduk di rumah,” katanya sambil berharap cuti itu dapat dimanfaatk­an oleh anak-anak mereka untuk menelaah pelajaran.

Katanya, bidang pendidikan amat penting untuk masa depan anak-anak terutama dalam proses mereka untuk mencari kerja dan membina kerjaya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) berusaha menyediaka­n peluang pekerjaan kepada anak-anak Sarawak melalui pelbagai projek yang dilaksanak­an, antaranya adalah pembinaan Loji Methanol (Sarawak Petchem) di Similajau, Tanjung Kidurong Bintulu.

Justeru beliau berharap anak-anak negeri ini perlu mengambil peluang untuk memantapka­n kemahiran diri dalam pendidikan supaya dapat mengisi peluang kerja dalam projek berasaskan industri minyak dan gas tersebut.

 ??  ?? GERAN MRP: John Sikie (empat kanan) menyerahka­n cek kepada Yang Dipertua PIBG SK Pengkalan Lobang Mukah Rami Apat.
GERAN MRP: John Sikie (empat kanan) menyerahka­n cek kepada Yang Dipertua PIBG SK Pengkalan Lobang Mukah Rami Apat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia