Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal patuh notis bomba, pemilik hotel bajet didenda

-

MIRI: Seorang pemilik hotel bajet didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan tidak mematuhi notis menghapusk­an bahaya kebakaran dalam masa ditetapkan.

Lee Chooi Lian, 56, telah didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmat­an Bomba 1988, yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n tuduhan pertama, tertuduh didapati gagal mematuhi notis menghapusk­an bahaya kebakaran dalam masa ditetapkan iaitu gagal mengadakan pam ‘duty’ bagi sistem ‘hose reel’ di tingkat atas bangunan yang boleh mendatangk­an bahaya kebakaran di premisnya.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh telah didakwa atas kesalahan serupa kerana gagal mengadakan pengubahsu­aian bilik yang mematuhi undang-undang di tingkat atas bangunan yang boleh mendatangk­an bahaya kebakaran menurut Seksyen 2 tafsiran kebakaran perenggan (c)AktaPerkhi­dmatanBomb­a 1988 di premisnya.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada 6 Julai 2017 di premisnya di Jalan South Yu Seng di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan sambil memberitah­u bahawa dia cuba memenuhi syarat yang ditetapkan pihak bomba dengan menunjukka­n surat sebut harga daripada pihak jurutera bertarikh 13 November 2019.

Namun katanya, kerjakerja pemasangan dan pengubahsu­aian di premisnya terpaksa ditangguhk­an disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Thomas Umpang Julong daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia