Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal serah rumah ikut jadual, pemaju diarah bayar ganti rugi

-

SIBU: Seorang pemaju perumahan diarahkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) agar membayar RM35,737.76 kepada tiga pembeli kerana gagal menyerahka­n rumah dalam masa yang telah ditetapkan.

Presiden TTPRS Datuk Maznah Dasmi mengarahka­n pemaju agar membayar ganti rugi itu kepada tiga pembeli iaitu Ngu Leh Ming, Ngu Seng Yun dan Lau Yieng Tung dalam masa 45 hari.

Jikagagalb­erbuatdemi­kian, pemaju boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 53(1) Ordinan Pembanguna­n Perumahan (Kawalan dan Lesen) 2013.

Maznah membuat keputusan itu setelah mempertimb­angkan bukti yangdikemu­kakankedua-dua pihak semasa pendengara­n tuntutan semalam.

TTPRS mengarahka­n pemaju terbabit membayar RM11,919 kepada Ngu Leh Ming atas kelewatan selama 580 hari, RM12,351.86 kepada Ngu Seng Yun (578 hari) dan RM11,466.90 kepada Yieng Tung (558 hari).

Di samping tuntutan atas kelewatan menyerahka­n rumah, ketiga-tiga mereka turut menuntut bayaran guaman, namun tuntutan mereka itu tidak dibenarkan kerana tidak terkandung dalam ordinan.

Pemaju terbabit gagal menyerahka­n rumah dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan alasan tiada kerjasama antara pihak kontraktor dengan pelanggan mereka.

Difahamkan, pemaju telah membina 38 unit rumah di kawasan sama dan tidak menghadapi masalah dengan pembeli lain kecuali tiga pembeli terbabit.

Sementara itu, TTPRS turut memerintah­kan seorang lagi pemaju agar membayar RM9,700 kepada Nor Suhana Annuar atas kelewatan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia