Utusan Borneo (Sarawak)

Korban COVID-19 di India cecah 50,000

Negara itu menjadi negara keempat dengan kes jangkitan tertinggi di dunia

-

NEW DELHI: Angka kematian di India akibat koronaviru­s mencecah 50,000 semalam, dengan lebih dari 900 kematian baharu dilaporkan bagi tempoh 24 jam, menurut data dari kementeria­n kesihatan.

Negara pada minggu lepas telah mengatasi Britain dengan jumlah keempat tertinggi di dunia, di belakang Amerika Syarikat (AS), Brazil dan Mexico, serta telah merekodkan sebanyak 2.6 juta jangkitan.

Angka kematian di India akibat pandemik sekarang berada pada 50,921, satu peningkata­n sebanyak 941 dari hari sebelumnya, menurut laman sesawang kementeria­n kesihatan.

Negara kedua paling ramai populasi di dunia ini, kediaman bagi kira-kira sebahagian bandar-bandar terbesar di dunia dan kawasan setinggan paling besar, merupakan negara ketiga paling dijangkiti di belakang AS dan Brazil.

Bagaimanap­un ramai pakar menyatakan jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi disebabkan oleh paras ujian saringan yang rendah dan menjadi kematian sering kali tidak direkodkan dengan baik dalam sistem kesihatan yang kurang pembiayaan secara kronik di India.

Di sebalik angka kematian yang meningkat, kementeria­n kesihatan menyatakan dalam ciapan kelmarin bahawa kadar mortaliti virus di India adalah salah satu yang paling rendah di peringkat global iaitu di bawah dua peratus.

“Pelaksanaa­n yang berjaya bagi saringan dilakukan secara agresif, mengesan secara komprehens­if dan merawat dengan efisien sepanjang satu peringkat langkah-langkah menyumbang kepada tahap penyembuha­n yang tinggi sekarang,” menuriut menteri dalam satu kenyataan.

Para pakar menyatakan India perlu meningkatk­an lagi ujian saringan bagi mendapatka­n pengawal virus ketika ia merebak ke luar bandar dan wilayah di mana sistem penjagaan kesihatan sangat rapuh atau sukar untuk diperolehi.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Narendra Modi menyatakan perbicaraa­n dan ujian ke atas tiga calon vaksin yang berpotensi telah dilakukan di India dan bahawa kerajaanny­a sedang bersedia untuk mengeluark­an jumlah dos yang tinggi sekiranya telah ditemui.

“Sebaik sahaja kami mendapat kebenaran daripada para saintis kami, kami akan melancarka­n pengeluara­n besar-besaran bagi vaksin berkenaan.

“Kami telah melakukan semua persediaan,” kata Modi dalam ucapan Hari Kemerdekaa­n pada Sabtu lepas.

“Kami telah melakar satu garis panduan bagi melaksanak­an pengeluara­n vaksin dan membolehka­nnya mudah didapati setiap orang pada jangka masa sesingkat mungkin,” tegasnya lanjut.

Kerajaan Modi memperkena­lkan pada Mac salah satu dari kawalan pergerakaa­n paling tegas di dunia.

Ekonomi ketiga terbesar dunia itu mengalami tamparan hebat dan menyebabka­n penderitaa­n kepada golongan miskin di negara tersebut, dengan puluhan juta pekerja pendatang kehilangan pekerjaan dalam sekelip mata.

Ramai sekali pulang tanpa wang ke kampung halaman mereka dari bandar termasuk New Delhi, Mumbai dan Ahmedabad, kebanyakan­nya hanya berjalan kaki dan akibatnya segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan.

Perintah kawalan pergerakan sejak itu mula perlahanla­han diringanka­n namun banyak sektor mengadu bahawa mereka mengalami kekurangan pekerja yang teruk.

Kerajaan negeri dan tempatan di seluruh negara pula melaksanak­an semula perintah kawalan pergerakan ketika virus telah merebak ke bandar-bandar lebih kecil dan kawasan luar bandar yang menempatka­n kirakira 70 peratus populasiny­a. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK TERKECUALI: Gambar fail 6 April, 2009 menunjukka­n pemain kriket kebangsaan dan calon Parti Bharatiya Janta (BJP) dari timur Delhi Chetan Chauhan (kanan) berjabat tangan dengan para pekerja parti ketika berkempen bagi pilihan raya umum di New Delhi. Bekas pemain pembukaan Test India itu yang membentuk kerjasama prolifik dengan Sunil Gavaskar, meninggal dunia pada usia 73 tahun akibat jangkitan COVID-19, menurut adik lelakinya kelmarin.
— Gambar AFP TIDAK TERKECUALI: Gambar fail 6 April, 2009 menunjukka­n pemain kriket kebangsaan dan calon Parti Bharatiya Janta (BJP) dari timur Delhi Chetan Chauhan (kanan) berjabat tangan dengan para pekerja parti ketika berkempen bagi pilihan raya umum di New Delhi. Bekas pemain pembukaan Test India itu yang membentuk kerjasama prolifik dengan Sunil Gavaskar, meninggal dunia pada usia 73 tahun akibat jangkitan COVID-19, menurut adik lelakinya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia