Utusan Borneo (Sarawak)

Dato’ AC Mizal hos program Punchline DAC terbaharu di Astro

-

ASTRO Warna baru-baru ini telah melancarka­n program komedi baharu Punchline DAC yang kini bersiaran setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro.

Program yang menjanjika­n pengalaman tontonan ‘gelak tidak henti’ ini juga boleh distrim secara percuma bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO dan juga on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Punchline DAC bakal menyaksika­n pengacara tersohor negara, Dato’ AC Mizal sebagai hos untuk 24 minggu berturut-turut.

Dalam program berdurasi 60 minit ini, beliau akan menemubual tokohtokoh masyarakat popular tanah air seperti pelakon, penyanyi, pemuzik, pelawak, pengarah dan ramai lagi, di samping melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti trivia, sketsa dan elemen-elemen game show yang bakal diterapkan bagi hiburan audiens.

Menarik lagi, juru solek dan penghibur, PS Mansur juga turut memeriahka­n lagi set Punchline DAC ini dengan celoteh lucunya sebagai ‘sidekick’ kepada Dato’ AC.

Antara barisan selebriti yang bakal mewarnai program Punchline DAC ini termasukla­h maestro muzik Dato’ Ramli MS, pemain bola sepak Khalid Jamlus, pelakon Sharifah Amani, kumpulan Dollar, peserta Big Stage 2020 dan ramai lagi.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata: “Selaku peneraju kandungan komedi utama tanah air, penghasila­n program Punchline DAC ini merupakan salah satu usaha kami untuk sentiasa menyajikan penonton Astro Warna dengan pengisian menarik dan menghiburk­an.

“Kami juga amat teruja kerana sekali lagi dapat bekerjasam­a dengan seorang pengacara yang disegani ramai, Dato’ AC Mizal. Beliau cukup sinonim dengan sikap profesiona­lnya, dan kami amat bertuah kerana sentiasa diberikan peluang untuk menghasilk­an pelbagai seleksi program lawak penuh variasi bersamanya.

“Kami berharap program Punchline DAC ini boleh mengutuhka­n lagi jenama Astro Warna sebagai hab kandungan komedi tanah air yang digemari ramai.”

Gelak tawa berterusan boleh juga disaksikan di platfrom digital, melalui siri vlog Pintu Belakang di saluran YouTube rasmi Zon Lawak di mana penonton akan diberikan ‘pas’ eksklusif yang menunjukka­n momen-momen istimewa di sebalik tabir penghasila­n dan rakaman program Punchline DAC dari Studio 1 di Astro.

 ??  ??
 ??  ?? Sharifah Amani dalam episod pengenalan.
Sharifah Amani dalam episod pengenalan.
 ??  ?? AC Mizal dalam program baharu Punchline di Astro.
AC Mizal dalam program baharu Punchline di Astro.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia