Utusan Borneo (Sarawak)

SAMSENG JALANAN PUKUL KERETA MANGSA DITANGKAP

-

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes buli jalanan di hadapan sebuah rumah di Everbright Estate, Jalan Batu Kawa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai penjual mi kolok itu ditangkap sekitar jam 3.40 petang oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di hadapan rumah tersebut.

“Suspek mengaku memandu kereta milik abangnya dan memukul cermin sisi kanan kereta mangsa menggunaka­n kayu besbol kerana marah dengan cara pemanduan mangsa yang sangat perlahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, hasil siasatan awal, kes buli jalanan itu berlaku di Jalan Arang berhadapan sebuah bengkel motosikal.

“Kejadian berpunca kerana mangsa memandu secara perlahan di lorong kanan.

“Kejadian telah dirakam kamera yang dipasang pada kereta pengadu dan hasil semakan, nombor kenderaan suspek telah didaftarka­n atas nama abang suspek,” katanya.

Tegas Aidil, kes disiasat di bawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan/Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan direman pada esok hari (hari ini) untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Mengulas lanjut kes buli jalanan itu, Aidil berkata mangsa berusia 33 tahun tampil membuat laporan polis pada hari sama selepas kereta miliknya dirosakkan oleh suspek.

Menurutnya, insiden buli jalanan itu berlaku sekitar jam 11.42 pagi semalam semasa mangsa memandu kereta di Jalan Arang menghala ke kawasan Batu Kawa dan sebuah kereta dipandu suspek, tiba-tiba berhenti di hadapan keretanya.

“Kemudian keluar seorang lelaki (suspek) dari kereta dengan membawa kayu besbol menghampir­i mangsa.

“Selepas itu, suspek terus memarahi mangsa dengan berkata ‘jalan raya saya yang punya’ dan semasa kejadian suspek juga telah memukul cermin sisi bahagian kanan kereta mangsa sebelum beredar,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ekoran kejadian itu cermin sisi sebelah kanan kereta mangsa telah rosak dan ketika kejadian itu mangsa tidak keluar dari kereta kerana takut dicederaka­n suspek.

“Mangsa yang berasa terancam dan takut perkara tidak diingini akan berlaku terhadap diri serta keluargany­a tampil membuat laporan polis,” ujarnya.

 ??  ?? DICEKUP: Pasukan polis berjaya menahan suspek kes
buli jalanan di Batu Kawa.
DICEKUP: Pasukan polis berjaya menahan suspek kes buli jalanan di Batu Kawa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia