Utusan Borneo (Sarawak)

MOTOGP: VALENTINO ROSSI SELISIH MAUT

Jentera pesaing yang melambung pada kelajuan sekitar 300 kilometer sejam (kmsj) hampir meragut nyawa pelumba Itali

-

SPIELBERG BEI KNITTELFEL­D: Pelumba berpengala­man, Valentino Rossi, berkata jentera pesaing yang melambung pada kelajuan sekitar 300 kilometer sejam (kmsj) hampir “membunuh saya” dalam insiden mengerikan semasa perlumbaan MotoGP di Grand Prix Austria pada Ahad.

Pelumba berusia 41 tahun dari Itali, yang juga bekas juara dunia sebanyak sembilan kali, berasa trauma selepas jentera milik pelumba Yamaha, Franco Morbidelli melambung dan hanya beberapa sentimeter di hadapannya.

Morbidelli dan pelumba pasukan Ducati, Johann Zarco, berlanggar beberapa saat sebelum terbabas di selekoh keempat pada pusingan kelapan dan jentera Zarco hampir terkena Rossi sementara rakan sepasukan Rossi, Maverick Vinales, berada di hadapannya.

“Jentera Morbidelli hampir membunuh saya,” kata Rossi.

“Walaupun jentera Zarco melepasi saya, ia masih saat yang sangat berbahaya.”

Rossi bagaimanap­un berjaya mengawal perasaanny­a dan selepas perlumbaan dimulakan semula, beliau menamatkan­nya di tempat kelima.

Saya berasa sangat takut, trauma tetapi tetap menyambung semula perlumbaan. Saya mengambil risiko terbesar dalam kerjaya saya.

Valentino Rossi

Pelumba MotoGP

“Saya berasa sangat takut, trauma tetapi tetap menyambung semula perlumbaan. Saya mengambil risiko terbesar dalam kerjaya saya,” kata Rossi.

“Saya melihat satu bayangbaya­ng, saya fikir bayangbaya­ng helikopter dari atas, kadang-kadang ia berlaku semasa perlumbaan tetapi sebaliknya kelihatan seperti dua ‘peluru’ melepasi saya.

“Ia sememangny­a saat yang sangat berbahaya.”

Morbidelli dan Zarco disahkan cergas selepas dibawa ke pusat rawatan litar.

Morbidelli, kemungkina­n rakan sepasukan Rossi pada musim hadapan, tidak menyembuny­ikan kejujurann­ya.

“Zarco hampir menjadi pembunuh,” kata beliau kepada penyiaran Sky Sport Italia.

“Membrek seperti ini pada kelajuan 300 kmsj bermakna anda tidak begitu sayang dengan diri anda atau pelumba lain.

“Saya berharap insiden seperti ini memastikan Zarco untuk berfikir. Ia benar-benar bahaya untuk saya, beliau, untuk Rossi dan Vinales, yang berada di hadapan dan melihat jentera melayang ke arah mereka pada kelajuan 280 kmsj.”

Rossi menegaskan bahawa terlalu ramai pelumba MotoGP yang mengambil terlalu banyak risiko dan gagal memahami bahawa “jentera kami, pada kelajuan ini adalah seperti peluru”.

Beliau menambah: “Kami bersaing pada sukan yang sangat bahaya, anda harus menghormat­i mereka yang berlumba bersama anda dalam litar,” tambah Rossi selepas perlumbaan dimenangi buat tahun kedua berturut-turut oleh Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati.

“Zarco bukan baharu dalam isu ini, apa yang berlaku adalah sangat jelas: Zarco memintas Morbidelli di laluan lurus dan kemudian tidak mahu dipintas oleh Franco, jadi beliau sengaja membrek di hadapan.

“Tetapi pada kelajuan 300 kmsj, berada dalam MotoGP, Morbidelli tidak dapat berbuat apa-apa. Zarco membrek di hadapannya, Franco tidak dapat berbuat apa-apa.”

Zarco, pelumba dari Perancis berusia 30 tahun, berkata beliau tidak tahu apa punca kemalangan.

Bagaimanap­un, beliau mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya merasakan seperti jentera Morbidelli menolak saya. Saya dapat memintas beliau pada laluan lurus, saya sudah berada jauh di hadapannya apabila membrek, saya tergelinci­r sedikit ke kanan dan ketika ini kami berlanggar,” kata beliau.

Pada perlumbaan kelas Moto2, pelumba dari Malaysia, Hafizh Syahrin juga terselamat dari kecederaan serius apabila melanggar jentera Enea Bastianini yang berada di tengah litar selepas beliau terbabas.

Syahrin tidak dapat mengelak pada kelajuan maksimum menyebabka­n beliau melambung ke udara dengan jentera beliau rosak teruk.

Syahrin diberi rawatan kecemasan di atas litar sebelum dibawa menaiki ambulan dengan pasukannya berkata pelumba mereka sedar dan hanya mengalami kecederaan di bahagian pinggul.

Edgar Pons dan Andi Farid Izdihar juga terbabas kerana serpihan kemalangan dalam litar. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Rossi (kiri) dan Pelumba Yamaha Monster Energy Maverick Vinales bersaing pada perlumbaan Grand Prix Moto GP Austria di litar Red Bull Ring di Spielberg, Austria kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Rossi (kiri) dan Pelumba Yamaha Monster Energy Maverick Vinales bersaing pada perlumbaan Grand Prix Moto GP Austria di litar Red Bull Ring di Spielberg, Austria kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia