Utusan Borneo (Sarawak)

SIA SITOK SARAWAK, INISIATIF RANGSANG INDUSTRI PELANCONGA­N

Bermanfaat kepada pemain industri, pemandu pelancong dan taman, pemandu, operator, restoran rakyat melancong dalam negeri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kempen Sia Sitok Sarawak yang dilancarka­n semalam, adalah inisiatif kerajaan negeri untuk merangsang serta menghidupk­an semula sektor pelanconga­n di Sarawak yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kempen berkenaan bukan hanya akan memberi manfaat kepada pemain industri, pemandu pelancong dan taman, pemandu, operator serta restoran malah rakyat Sarawak untuk melancong dalam negeri.

Beliau berkata di bawah Kempen Sia Sitok Sarawak, Pakej Intra-Negeri diperkenal­kan melibatkan 30 pakej pelanconga­n yang menarik yang ditawarkan pada kadar diskaun 50 peratus bagi tempoh tiga bulan bermula 15 Julai lalu hingga 15 Oktober depan.

“Kempen Sia Sitok Sarawak atau ‘Ke Sana Ke Sini di Sarawak’ adalah pakej rangsangan kepada sektor pelanconga­n di negeri ini, pada masa sama memberi keyakinan untuk menghidupk­an semula industri ini.

“Saya percaya ini adalah satu pakej yang amat baik untuk rakyat Sarawak untuk menerokai produk-produk serta destinasi-destinasi pelanconga­n dalam negeri. Pakej yang boleh dianggap sebagai durian runtuh untuk orang Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Kempen Sia Sitok Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata inisiatif itu dilaksanak­an menerusi pemberian subsidi oleh kerajaan negeri dan mewujudkan semula peluang pekerjaan dalam sektor pelanconga­n dan perhotelan.

“Sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan pada 18 Mac 2020, ramai yang bekerja dalam industri ini hilang pekerjaan.

“Oleh itu kita percaya dengan pelaksanaa­n kempen ini, keyakinan pelancong khususnya pelancong tempatan dipulihkan yang semestinya akan menghidupk­an semula industri ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Abdul Karim berkata 30 pakej dikenali Pakej Intra-Negeri dalam Kempen

Sia Sitok Sarawak bermula 15 Julai hingga 15 Oktober dengan tempoh perjalanan hingga 15 Oktober.

Manakala tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 30 November bagaimanap­un dilanjutka­n sehingga Disember bagi memberi peluang kepada rakyat negeri ini menikmati pakej-pakej ditawarkan dalam kempen tersebut.

“Kempen Sia Sitok Sarawak dirancang dengan baik sekali oleh Lembaga Pelanconga­n

Sarawak (STB) dan Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) bagi memasukkan pelbagai pakej pada kadar diskaun hebat sehingga 50 peratus bagi membantu menghidup serta merangsang pelanconga­n domestik,” katanya.

Beliau berkata sebagai permulaan Kempen Sia Sitok Sarawak dibuka kepada barisan hadapan COVID-19 terdiri daripada kakitangan perubatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Angkatan Tentera Malaysia

(ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan lain-lain.

Ia katanya, antara usaha menghargai sumbangan barisanhad­apanCOVID-19yang sanggup menggadai nyawa dalam membantu mengekang penularan pandemik COVID19 di Sarawak.

“Tawaran hebat ini diperluask­an kepada semua rakyat Sarawak dan bukan rakyat Sarawak yang tinggal di Sarawak tetapi mesti mempunyai permit kerja sah untuk menerokai keindahan negeri ini pada bayaran berpatutan, pada masa sama memberi peluang kepada mereka menjadi duta tempatan pelanconga­n Sarawak,” ujarnya.

Abdul Karim berkata antara 30 pakej diperkenal­kan di bawah kempen berkenaan ialah Sarawak River Sunset Cruise, Irrawady Dolphin Cruise di Santubong, Fun Dive di Pulau Satang dan pengembara­an ke Taman Negara Mulu.

“Memandangk­an Kempen Sia Sitok Sarawak berakhir pada Oktober 2020 dengan tempoh perjalanan berakhir Disember 2020, STB akan melancarka­n Pakej Antara Negeri Sarawak (Interstate Package Sarawak) pada pertengaha­n September 2020.

“Ini satu lagi inisiatif kerjasama sektor awam dan swasta bagi menggalakk­an pelanconga­n domestik dari Semenanjun­g Malaysia. Tempoh perjalanan untuk pakej ini akan bermula Oktober hingga Disember 2020,” katanya.

Beliau menambah, Pakej Antara Negeri Sarawak merupakan program pemangkin yang akan mengaktifk­an Pakej Insentif Pelawat (VIP), inisiatif diperkenal­kan bagi menyokong agensi-agensi pelanconga­n negeri meningkatk­an jumlah ketibaan pelancong domestik serta antarabang­sa.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Sharzede Salleh Askor, Presiden STF Audry Wan Ulok dan bekas Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz.

“Kempen Sia Sitok Sarawak atau ‘Ke Sana Ke Sini di Sarawak’ adalah pakej rangsangan kepada sektor pelanconga­n di negeri ini, pada masa sama memberi keyakinan untuk menghidupk­an semula industri ini. ”

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? RASMI: Abdul Karim (empat kiri) melancarka­n Kempen Sia Sitok Sarawak. Turut kelihatan (dari empat kanan) Audry, Sharzede, Abdul Wahab dan Hii (tiga kiri).
— Gambar Muhd Rais Sanusi RASMI: Abdul Karim (empat kiri) melancarka­n Kempen Sia Sitok Sarawak. Turut kelihatan (dari empat kanan) Audry, Sharzede, Abdul Wahab dan Hii (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia