Utusan Borneo (Sarawak)

RAKUSNYA NELAYAN VIETNAM

Dua bot ditahan bersama 20 nelayan dengan rampasan bernilai RM2.5 juta.

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Taktik dua bot nelayan Vietnam menggunaka­n nombor pendaftara­n Sarawak bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa untuk mencuri hasil laut negara berjaya dipatahkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak.

Pengarah APMM Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, dua bot nelayan asing itu ditahan bersama 20 nelayan termasuk tekong dengan rampasan bernilai RM2.5 juta.

Jelasnya, bot terbabit ditahan pada jarak 225 batu nautika, utara Tanjung Po, Kuching oleh kapal KM Sri Aman yang sedang melaksanak­an Ops Naga Timur di sekitar perairan tersebut sekitar jam 12.30 pagi, 12 Ogos lalu.

"Bot tersebut ditahan sedang leka merompak hasil laut negara dengan cara tunda ganding bersama.

"Ketika tali pukat dinaikkan, terdapat ikan segar yang masih hidup dalam pukat dan ada juga ikan yang telah siap disimpan di dalam tong ikan," katanya pada sidang media di Jeti APMM Sarawak, Muara Tebas di sini semalam.

Jelasnya lagi, pemeriksaa­n ke atas bot pertama mendapati 17 orang termasuk tekong berada di bot berkenaan manakala bot kedua pula seramai tiga orang termasuk tekong sedang melakukan aktiviti penangkapa­n hasil laut secara haram.

"Kesemua yang ditahan adalah lelaki warga Vietnam, berusia dalam lingkungan 24 hingga 53 tahun serta tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," tegasnya.

Robert memaklumka­n, kedua-dua bot nelayan, peralatan menangkap ikan, ikan pelbagai jenis dianggarka­n seberat 40 tan, ikan baja satu tan dan minyak diesel sebanyak 13,000 liter disita yang dianggarka­n keseluruha­n bernilai RM2.5 juta.

"Kesemua yang ditahan telah diiring masuk ke Jeti APMM, Kompleks Maritim Tun Abang Salehuddin (KOMTAS) dan telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching sebagai langkah berjaga-jaga," tambahnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk menangkap ikan di perairan negara yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM6 juta atau penjara sehingga dua tahun kepada tekong manakala kru boleh didenda RM600, 000 setiap seorang atau penjara sehingga dua tahun dan vesel mereka akan dilucut hak.

“Ini merupakan tangkapan kedua pada Ogos ini di mana tangkapan pertama bot nelayan asing telah dilakukan oleh Zon Maritim Tanjung Manis pada 10 Ogos lalu dengan anggaran jumlah tangkapan sebanyak RM500,000 bersama tiga lelaki warga Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan negara," ujarnya.

Pada masa sama Robert berkata, statistik tangkapan bot nelayan asing keseluruha­n tahun ini adalah sebanyak 10 buah dengan tangkapan seramai 79 orang nelayan asing dan nilai tangkapan hampir RM10 juta.

“Kita komited dalam memastikan tiada penceroboh­an bot nelayan asing di perairan Sarawak dengan menggandak­an rondaan dan mengkoordi­nasi operasi bagi menangkap nelayan asing terutama nelayan Vietnam yang rakus merompak hasil laut negara," tegasnya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penceroboh­an bot nelayan asing atau sebarang aktiviti mencurigak­an di perairan Malaysia khususnya di perairan Sarawak, menyalurka­n maklumat dengan menghubung­i Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

"Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat atas khidmat dan bantuan yang telah diberikan," tambahnya.

 ??  ?? DICEKUP: Robert (kanan) menunjukka­n 20 nelayan Vietnam termasuk tekong yang berjaya ditangkap.
BERJAYA DIPATAHKAN: Robert menunjukka­n lokasi dua bot nelayan Vietnam
ditahan ketika menceroboh perairan negara di Sarawak.
DICEKUP: Robert (kanan) menunjukka­n 20 nelayan Vietnam termasuk tekong yang berjaya ditangkap. BERJAYA DIPATAHKAN: Robert menunjukka­n lokasi dua bot nelayan Vietnam ditahan ketika menceroboh perairan negara di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia