Utusan Borneo (Sarawak)

RM5 juta bantu usahawan

Disalurkan kepada SEDC untuk program Usahawan Teknikal dan Vokasional dan Program Graduan Ke Arah Keusahawan­an

- Oleh Marlinda Mardzuki

“Program USTEV dan GERAK bermula dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM2 juta. ”

Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED) menerima suntikan dana tambahan sebanyak RM5 juta untuk membantu usahawan negeri ini.

Menteri Mudanya Datuk Mohd Naroden Majais berkata, suntikan tambahan itu disalurkan kepada Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Program Graduan Ke Arah Keusahawan­an (GERAK).

Baru-baru ini katanya, program sama telah mendapat suntikan dana keseluruha­n sebanyak RM4 juta, namun tidak mencukupi selepas menerima sambutan menggalakk­an daripada usahawan terutama ketika musim COVID-19.

“Program USTEV dan GERAK bermula dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM2 juta.

“Oleh kerana peruntukan ini hampir habis disalurkan kepada usahawan kecil, maka Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan tambahan RM5 juta lagi untuk program sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada seramai 39 peserta program USTEV, GERAK dan Skim Pinjaman Industri Kecil danSederha­naSarawak(SPIKS) di Menara SEDC, Kuching Isthmus di sini, semalam. Naroden turut memberitah­u bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Ketua Menteri sudah bersetuju untuk memberikan dana tambahan itu. “Jadi, saya ingin menyaranka­n terutama usahawan daripada kumpulan mikro agar memohon peruntukan ini kerana kita ada menyediaka­n tambahan dana bagi membantu menampung kos perniagaan mereka.

“Usahawan boleh memohon peruntukan ini secara dalam talian (online) di laman sesawang SEDC mahupun MINTRED,” katanya sambil memberitah­u, pihaknya mempunyai jawatankua­sa untuk menilai dan meluluskan permohonan tersebut.

Beliau harap usahawan akan menggunaka­n bantuan disediakan Kerajaan Sarawak dengan sepenuhnya selain turut menasihati mereka agar mendapatka­n khidmat nasihat daripada MINTRED dan SEDC jika menghadapi masalah pembayaran balik untuk skim tersebut.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Naroden menyeru usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar memohon bantuan melalui SPIKS.

Ini kerana katanya, skim itu menawarkan jumlah pinjaman maksimum sehingga RM250,000 dengan kadar faedah sebanyak empat peratus berlandask­an konsep baki menyusut.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

 ??  ??
 ??  ?? BANTU USAHAWAN: Naroden dan Abdul Hadi (barisan hadapan, dua kiri) merakam kenangan bersama peserta.
BANTU USAHAWAN: Naroden dan Abdul Hadi (barisan hadapan, dua kiri) merakam kenangan bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia