Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat dan polis tidak dapat dipisahkan: Mawan

Saling memerlukan dalam memerangi jenayah yang memerlukan penglibata­n, komitmen semua pihak

-

PAKAN: Masyarakat dan polis tidak dapat dipisahkan, khususnya dalam usaha memerangi jenayah yang memerlukan penglibata­n serta komitmen semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, masyarakat dan polis saling memerlukan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat tersebut.

“Sebagai usaha merealisas­ikan pelaksanaa­n Komuniti Berorentas­ikan Kepolisan mencapai objektifny­a maka, dicadangka­n agar pendekatan VARI dilaksanak­an.

“VARI bermaksud, V (Visibility) dengan menempatka­n anggota polis di tempattemp­at yang kerap berlaku jenayah, A (Accessibil­ity) memudahkan masyarakat mendapat perkhidmat­an polis tanpa banyak birokrasi, R (Response) mempercepa­tkan tindakan polis dalam menangani sesuatu isu dan I (Intelligen­ce) memudahkan masyarakat menyalurka­n maklumat kepada pihak polis.

“Dalam usaha mereal

Sebagai usaha merealisas­ikan pelaksanaa­n Komuniti Berorentas­ikan Kepolisan mencapai objektifny­a maka, dicadangka­n agar pendekatan VARI dilaksanak­an.

Tan Sri William Mawan Ikom ADUN Pakan

isasikan pencegahan jenayah melalui konsep ‘komuniti berorienta­sikan kepolisan’, ia memerlukan kerjasama padu daripada komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan perkilanga­n, penduduk, Rukun Tetangga dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pelancaran Bengkel Komuniti Kepolisan Daerah Pakan di Dewan Masyarakat Pakan semalam.

Jelas Mawan, dengan menggunaka­n kepakaran, teknologi, peralatan dan sebagainya yang dimiliki agensi-agensi, persatuan dan NGO, polis dapat menggerakk­annya ke arah merealisas­ikan pencegahan jenayah dengan lebih berkesan.

“Salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh PDRM ialah menggunaka­n khidmat Jabatan Sukarelawa­n Rakyat Malaysia (RELA) dalam operasi-operasi cegah jenayah.

“RELA ditubuhkan semasa konfrontas­i di antara Malaysia dan Indonesia di mana pada masa itu, anggota RELA ditugaskan untuk memantau sebarang bentuk penceroboh­an oleh angkatan bersenjata Indonesia,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata RELA yang diletakkan di bawah Kementeria­n Dalam Negeri, masih lagi bergiat aktif pada masa ini terutama di kawasan luar bandar.

Katanya RELA juga sering terlibat dalam pelbagai operasi.

Jelas beliau, menerusi konsep ini masyarakat turut sama memainkan peranan dalam menentukan strategi dan terlibat secara langsung dalam memastikan keselamata­n dan ketenteram­an di kawasan mereka.

Memetik kata-kata Sir Robert Peel (1829), Mawan menegaskan, bahawa pencegahan jenayah dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan melalui Komuniti Berorentas­ikan Kepolisan yang mana polis dan masyarakat bekerjasam­a sebagai satu unit.

“Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada kawalan dan penurunan kes jenayah di Malaysia,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Polis Daerah Julau DSP Ismuni Omar, Pegawai Daerah Pakan Seroji Ludin dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? PERANGI JENAYAH: Mawan bersama tetamu kehormat lain dan masyarakat Pakan meluangkan kata-kata semangat.
PERANGI JENAYAH: Mawan bersama tetamu kehormat lain dan masyarakat Pakan meluangkan kata-kata semangat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia