Utusan Borneo (Sarawak)

Empat sekawan didenda RM4,500 kerana memiliki 0.14 gram syabu

-

KUCHING: Gara-gara memiliki 0.14 gram syabu, empat sekawan didenda RM4,500 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Kesemua lelaki yang berusia antara 31 hingga 42 tahun itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Abin Dungkan, Ku Sek Sien, Brian Raymond Dalei dan Kigan Grope dengan niat secara bersama melakukan kesalahan itu pada 13 Jun lalu, jam 10 malam di dalam sebuah premis terletak di Jalan Kuching-Serian, sini.

Semasa serbuan dilakukan, polis menemui dua peket plastik kecil berwarna biru berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikutSe­ksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh yang tidakdiwak­ilipeguami­tudilapork­an gagal membayar denda. Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang lelaki dipenjara enam bulan kerana melakukan kesalahan memiliki sebuah motosikal curi yang dilakukann­ya pada 12 Ogos lalu.

Hisham Bolhi, 34, mengaku bersalah apabila pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam.

Tertuduh didapati dengan curang memiliki sebuah motosikal curi milik IkmalAfif Abdul Karim, 25, pada jam 3.40 petang di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Demak, Petra Jaya,sini.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia