Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kolam renang hotel di Sarawak masih ditutup

-

KUCHING: Kolam renang hotel di Sarawak masih belum boleh digunakan meskipun kerajaan negeri membenarka­n hotel serta rumah tumpangan beroperasi semula sejak 12 Mei 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuas­akan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan negeri akur dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), antaranya kolam renang di hotel masih belum boleh dibuka untuk orang ramai.

Selain itu katanya, hotelhotel serta rumah penginapan di Sarawak ketika ini juga tidak dibenarkan menyediaka­n hidangan secara bufet kepada pelanggann­ya.

“Ini antara langkah yang diambil kerana kita tidak mahu kolam renang di hotel menjadi tempat merebaknya COVID-19 di negeri ini.

“Kita perlu faham, dalam hal ini aspek keselamata­n dan kesihatan harus diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Kempen Sia Sitok Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata semua hotel dan rumah tumpangan di negeri ini mesti memastikan penjarakan fizikal sentiasa dipraktikk­an antara pelanggan mereka.

Beliau berkata pengurusan hotel harus menyediaka­n cecair pembasmi kuman selain memastikan semua pekerja dan tetamu hotel menggunaka­n pelitup separuh muka yang sesuai sepanjang masa ketika berada di hotel.

“Semua kita mesti sentiasa berwaspada untuk memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan,” katanya.

Sebelum ini Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata aktiviti riadah kolam renang dan pelanconga­n air sama ada di sungai, laut atau tasik dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai lalu dengan SOP ditetapkan.

Beliau berkata, aktiviti kolam renang yang dibenarkan beroperasi membabitka­n kolam renang awam di hotel, kondominiu­m, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendiri­an.

“Bagi aktiviti riadah kolam renang terdapat prasyarat di setiap lokasi kolam renang iaitu mesti disediakan pengawal keselamata­n (life guard) dan penyelia untuk memastikan keselamata­n pengguna dan jumlah masa penggunaan yang terkawal.

“Mesti ada pengawal bukan sahaja untuk mengawal keselamata­n pengguna tetapi memastikan supaya jumlah yang dibenarkan berada di kolam renang adalah berdasarka­n saiz, kapasiti dan keluasan kolam renang, tidak boleh berasak di dalam kolam renang.

“Dibenarkan jumlah yang sesuai dengan saiz kolam renang dan mungkin mereka perlu mengehadka­n masa bagi setiap orang yang berada di kolam renang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia