Utusan Borneo (Sarawak)

Sebastian Ting belanja rakyat pelitup muka

-

MIRI: Demi memastikan keselamata­n rakyat di kawasannya terjamin, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting tidak teragak-agak untuk mengeluark­an duit sendiri, dipercayai sehingga RM500,000, hanya untuk membeli pelitup muka.

Bekalan pelitup muka itu kemudian diedarkan beliau sendiri bersama pembantuny­a kepada orang awam di sini iaitu di pasar, hospital, poliklinik, sekolah dan mana-mana kawasan yang dikunjungi­nya.

Utusan Borneo difahamkan Ting mengeluark­an wangnya sendiri untuk membeli pelitup muka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

Meskipun mendapat sumbangan pelitup muka daripada orang awam, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain, untuk diedarkan kepada orang ramai di sini, namun beliau tidak mahu bergantung kepada sumbangan tersebut semata-mata.

Ting ketika ditanya pemberita di sini semalam, enggan mendedahka­n jumlah sebenar, sebaliknya hanya memberitah­u ia dalam lingkungan tersebut.

“Tak perlu didedahkan,” katanya enggan mendedahka­n jumlah sebenar.

Menurutnya, apa yang penting ialah semua orang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, demi keselamata­n dan kebaikan semua.

Beliau malah melahirkan rasa bangga dengan kerjasama dan komitmen penduduk Miri dalam membantu memutuskan rantaian COVID-19 dengan menjadikan bahagian ini kekal dalam Zon Hijau sejak lebih 100 hari lepas.

“Sehingga hari ini (semalam), Miri sudah lebih 100 hari dalam Zon Hijau. Pencapaian ini sangat membanggak­an.

“Penduduk di Miri telah melakukan yang terbaik, menjaga kebersihan diri dan persekitar­an, patuh pada arahan dan SOP serta memberi kerjasama sepenuhnya ke arah memutuskan rantaian COVID-19 di sini dan memastikan Miri kekal dalam Zon Hijau,” katanya.

Terdahulu Ting menyempurn­akan simbolik penyerahan dua kanopi dan 120 unit kerusi plastik untuk kegunaan Poliklinik Miri di sini, semalam.

Kanopi dan kerusi plastik itu diletakkan di pekarangan poliklinik tersebut bagi memudahkan pesakit menunggu giliran untuk menerima rawatan berikutan keperluan SOP terutama bagi penjarakan fizikal.

“Mereka memerlukan kemudahan ini bagi membantu menyelaras­kan urusan di klinik berkenaan, lebih-lebih lagi selepas ia dijadikan pusat untuk swab pandu lalu bagi mengesan koronaviru­s atau COVID-19,” katanya.

Sumbangan kanopi dan kerusi berkenaan sudah dihantar Jumaat lalu manakala Ting yang melawat poliklinik itu semalam bagi memastikan segala urusan berjalan lancar telah menyempurn­akan simbolik penyerahan kepada Pegawai Perubatan Dr Jody Yii bagi pihak poliklinik tersebut.

 ??  ?? EDAR: Ting mengagihka­n pelitup muka secara percuma kepada pesakit yang mengunjung­i Poliklinik Miri sambil menasihati mereka agar sentiasa menggunaka­nnya di tempat awam.
EDAR: Ting mengagihka­n pelitup muka secara percuma kepada pesakit yang mengunjung­i Poliklinik Miri sambil menasihati mereka agar sentiasa menggunaka­nnya di tempat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia