Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai usahawan dijangka menyertai program keusahawan­an, skim pinjaman SEDC

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) menjangkak­an lebih ramai usahawan tempatan akan mengambil bahagian dalam program keusahawan­an dan skim pinjaman sedia ada, kata Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Beliau berkata, ia kerana terdapat anjakan dalam bilangan peserta sekali gus memberi petunjuk yang baik mengenai sambutan terhadap inisiatif dilaksanak­an pihaknya dan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED).

“Buktinya, seramai 106 usahawan muda yang menyertai Program Usahawan Tenikal dan Vokasional (USTEV) menerima bantuan sebanyak RM1,740,412 manakala 76 usahawan daripada program GERAK mendapat RM1,402,454 sehingga 30 Jun tahun ini.

“Bagi Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana Sarawak (SPIKS) pula, sehingga 31 Julai tahun ini seramai 260 usahawan tempatan telah mendapat faedah dengan nilai bantuan yang diterima ialah sejumlah RM19,638,540.

“Daripada jumlah tersebut, jelas membuktika­n bahawa program dan skim ini mendapat sambutan positif malah amat menggalakk­an dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada para peserta program

USTEV, GERAK dan SPIKS di Menara SEDC, Kuching Isthmus di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

Menjelas lanjut Abdul Hadi berkata, program serta skim yang ditawarkan itu adalah bertujuan membantu golongan peniaga menjana pendapatan bagi menampung kos perniagaan mereka.

Selain itu, katanya, ia juga membantu usahawan mengadapta­si cara berniaga mengikut norma baharu ketika berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 ketika ini.

Justeru kata beliau, usahawan harus bersyukur dengan bantuan disediakan Kerajaan Sarawak dalam membantu mereka yang memerlukan sokongan serta bantuan untuk mengharung­i keadaan ekonomi yang terjejas akibat wabak ini.

Menurutnya, SEDC sentiasa mendukung aspirasi kerajaan negeri dalam menyediaka­n pelbagai strategi pembanguna­n ekonomi dan kesejatera­an rakyat.

“Sehubungan itu, saya berharap usahawan akan menggunaka­n sepenuhnya peluang dan kemudahan diberikan dalam menggandak­an usaha mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Terdahulu, seramai 39 peserta menerima surat tawaran untuk Program USTEV, GERAK dan SPIKS pada majlis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia