Utusan Borneo (Sarawak)

Pembentung berturap untuk Kampung Drahman Kria hampir siap

-

SARIKEI: Sejumlah RM400,000 geran Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2019 dan RTP 2020 untuk membangunk­an projek pembinaan pembetung berturap di Kampung Drahman Kria hampir siap dilaksanak­an.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, projek itu dijadualka­n akan siap dalam tempoh terdekat ini.

“Sepatutnya projek ini siap empat bulan lepas, namun disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan), projek ini tergendala dan lambat daripada jadual yang telah ditetapkan.

“Namun demikian, pihak kontraktor yang terlibat telah berjanji akan menyiapkan projek ini dengan segera mengikut standard yang telah ditetapkan,” kata Len.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus selesai melakukan tinjauan kerja ke lokasi terbabit, baru-baru ini.

Projek itu telah dimohon penduduk kampung bagi memudahkan aktiviti seharian mereka di kawasan terbabit.

Menurut Len, beliau berharap kemudahan itu nanti akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk sekali gus menggantik­an kemudahan lama yang telah uzur dan usang.

“Projek ini merupakan satu daripada penambahba­ikan prasarana di kampung ini.

“Sebelum ini, jambatan kayu yang digantikan dengan projek tersebut sudah begitu usang dan keadaannya amat meresahkan penduduk kampung yang menggunaka­n jambatan tersebut.

“Alhamdulil­lah, kita ada peruntukan RTP RM400,000 untuk membangunk­an projek ini,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan kerja itu ialah Ketua Kampung Sehon Ujang bersama Wanita PBB N41 Kuala Rajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia