Utusan Borneo (Sarawak)

Shell Malaysia, BonusLink lancar kempen ‘Memori Indah Bersama, Bonus Berganda’

-

KUCHING: Shell Malaysia dan BonusLink semalam, melancarka­n kempen ‘Memori Indah Bersama, Bonus Berganda’, yang bertujuan menjadikan perjalanan seharian pelanggan pengalaman terindah dan bermanfaat ketika mereka menghabisk­an masa di Shell.

Menurut kenyataan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain, kempen tersebut dijalankan selama enam minggu di seluruh negara bermula 17 Ogos hingga 27 September.

“Ia bertujuan memberi penghargaa­n kepada para pelanggan. Kami menyediaka­n ais krim Cornetto Vanilla atau Chocolate atau pek MILO UHT 200ml percuma sekiranya pelanggan berbelanja minimum RM40 menggunaka­n BonusLink di Shell.

“Di Shell, pelanggan diraikan dan berharap dengan cara itu pelanggan akan merasakan diri mereka dihargai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BonusKad Loyalty Sdn Bhd Melvin Ooi berkata ia merupakan kempen yang menarik dan pihaknya gembira kerana dapat bekerjasam­a dengan Shell.

Keahlian merupakan tulang belakang kepada perniagaan syarikat dan kami komited untuk terus meningkatk­an program kesetiaan BonusLink dalam merealisas­ikan setiap saat bonus bagi ahli.

“Dengan ciri baharu seperti memindahka­n baucar dan penggunaan kad BonusLink atau kad maya BonusLink, untuk menikmati hadiah percuma, pelanggan perlu membelanja­kan minimum RM40 di Shell menggunaka­n aplikasi BonusLink atau kad fizikal untuk menebus.

E-baucar akan dihantar melalui aplikasi BonusLink atau SMS dalam masa lima hari selepas tarikh pembelian.

Setiap ahli BonusLink berhak menebus maksimum tiga hadiah sepanjang tempoh kempen tersebut berlangsun­g.

Pelanggan yang ingin mengetahui jumlah pengumpula­n mata mereka dan tawaran baharu daripada rakan BonusLink lain boleh memuat turun aplikasi BonusLink daripada Google Play Store dan Apple Store.

Bagi bukan ahli BonusLink, mereka boleh mendaftar dengan mengunjung­i stesen Shell atau melalui laman web BonusLink.

Lawati stesen Shell terdekat dan tukarkan hadiah dengan BonusLink selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi www.shell. com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia