Utusan Borneo (Sarawak)

Industri pelanconga­n di Sarawak perlu disemarakk­an

Ia dijangka terus suram sehingga akhir tahun ini atau berterusan hingga tempoh tertentu ekoran pandemik COVID-19

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Industri pelanconga­n di Sarawak dijangka terus dibelenggu kesuraman sehingga akhir tahun ini atau berterusan hingga tempoh tertentu ekoran pandemik COVID-19.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, kementeria­n itu yang mengambil langkah berjaga-jaga turut tidak menggalakk­an kemasukan pelancong asing dari luar negara masuk ke negeri ini.

“Kita akui industri pelanconga­n agak ‘sunyi’ ketika ini dan ia dijangka berterusan buat masa sekarang dan kemasukan pelawat dari luar (negara khususnya) pada masa ini tidak digalakkan.

“Malah kita juga tidak dapat menganjurk­an acara-acara yang melebihi 250 orang, justeru ia tidak memungkink­an kita menganjurk­an acara-acara (tarikan pelancong) seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bukan sahaja acara berasaskan pelanconga­n, malah acara kebesaran negeri dan negara seperti Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September depan di Sibu juga akan dianjurkan dalam skala sederhana seperti Hari Sarawak pada 22 Julai lalu di Miri.

“Ini kerana kita bimbang jika tercetus gelombang kedua pandemik COVID-19 di negeri ini yang sudahpun kembali dalam Zon Hijau semuanya,” ujar beliau.

Bagaimanap­un menurut Ting, kementeria­nnya pasti akan melakukan sesuatu untuk membantu menyemarak­kan pelanconga­n dalam negeri ini sendiri dan salah satunya ialah pelancaran program pelancogan dalam negeri, ‘Sia Sitok Sarawak’ di Kuching, semalam.

Beliau berkata, dengan situasi pandemik yang masih belum reda sepenuhnya terutama dengan perkembang­an terkini di Semenanjun­g Malaysia ketika ini, adalah lebih baik bagi rakyat negeri

ini bercuti dalam negeri dan kekal berada di Sarawak sahaja.

“Dengan situasi semasa, tidak banyak yang dapat kita lakukan, lebih-lebih lagi di Miri, di mana setiap tahun kita menerima ribuan pelawat dari negara jiran, Brunei dan dari Limbang, Lawas serta Sabah yang masuk melalui Brunei.

“Tetapi tahun ini, situasinya amat terasa, dengan Brunei masih menutup pintu sempadanny­a maka kita tidak menerima pelawat dari Brunei, begitu juga Singapura yang menyaksika­n penurunan yang amat ketara,” katanya.

Ketika ini, sempadan kedua-dua negara masih diperketat dan hanya dibuka untuk urusan rasmi serta pergerakan rentas sempadan (transit) dengan mengisi borang khas, termasuk bagi warga Sarawak bekerja di negara jiran tersebut.

 ??  ?? LENGANG: Pintu masuk di sempadan Brunei dan Miri, Sarawak sepanjang tempoh PKP, berbanding sebelum dilanda wabak COVID-19.
LENGANG: Pintu masuk di sempadan Brunei dan Miri, Sarawak sepanjang tempoh PKP, berbanding sebelum dilanda wabak COVID-19.
 ??  ?? TING
TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia