Utusan Borneo (Sarawak)

96 menderma darah pada kempen derma darah BPHB

-

BINTULU: Seramai 96 penderma telah mendermaka­n darah mereka pada Kempen Derma Darah ‘Share Life, Donate Blood’ anjuran Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB)dengan kerjasana Unit Tabung Darah Hospital Bintulu di ruang legar ParkCity Mall kelmarin.

Jurucakap BPHB berkata, kempen itu merupakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) BPHB, di samping sebagai tanda keprihatin­an dan sokongan kepada Unit Tabung Darah Hospital Bintulu bagi menampung keperluan darah untuk golongan yang memerlukan bekalan darah pada masa kecemasan.

“Kempen kali ini disertai 96 penderma darah sukarela sekali gus berharap kempen ini akan mampu mendidik masyarakat tentang kepentinga­n menderma darah,” ujar BPHB dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kempen itu juga untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang kritikalny­a keperluan darah kepada golongan yang memerlukan.

“Kita berharap dapat membantu pihak hospital memenuhi keperluan darah harian yang semakin berkuranga­n sejak pandemik COVID-19 melanda negara,” tambahnya.

Selain itu katanya, program itu juga diharap dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara BPHB dengan Hospital Bintulu dan seterusnya menggalakk­an interaksi dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama sekali gus memupuk integrasi dalam masyarakat.

Katanya, semasa penganjura­n kempen itu BPHB telah memastikan segala tatacara pengurusan sebagaiman­a disarankan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Darah Negara dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Aktiviti Pendermaan Darah dan Kriteria Pemilihan Penderma Darah dalam norma baharu berdasarka­n situasi semasa COVID-19 di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia