Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik premis perlu perbaharui sijil perakuan bomba

-

BINTULU: Setiap pemilik premis di negeri ini yang tamat tempoh sijil perakuan bomba perlu memperbaha­rui sijil masing-masing bagi memastikan bangunan atau premis terbabit selamat untuk didiami serta berada dalam keadaan baik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak Khirudin Drahman berkata, pembaharua­n sijil perakuan setahun sekali pada masa sama akan mengelakka­n tindakan undang-undang dikenakan terhadap pemilik premis sekiranya gagal memperbaha­rui sijil masing-masing.

“Pada masa sekarang, setiap hotel yang mempunyai 21 unit bilik ke atas diwajibkan memohon sijil perakuan ini yang mana setiap premis harus lulus pemeriksaa­n keselamata­n kebakaran dan sistem pencegahan kebakaran yang memenuhi spesifikas­i ditetapkan sebelum sijil perakuan dikeluarka­n,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan Fire Certificat­e (FC) kepada Hotel Fairfield By Marriot Bintulu Paragon di sini, malam kelmarin.

Acara simbolik penyerahan diserahkan Khirudin kepada Pengurus Besar Fairfield iaitu

Derrick Felix.

Bagi kawasan Bintulu, Hotel Fairfield merupakan antara premis baharu yang pertama di bahagian ini yang menerima sijil perakuan bomba pada tahun ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penolong Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM Sarawak Mohamad Fauzi Mohamat Kifli, Ketua Zon 5 Sarawak Unjar Lum dan Ketua Unit Keselamata­n Kebakaran Zon 5 Sarawak Gawai John.

Katanya setakat ini, terdapat 49 premis yang telah diperiksa pegawai keselamata­n kebakaran di Zon 5.

Mengulas lanjut, Khirudin menegaskan setiap premis harus mempunyai sijil perakuan ini bagi memastikan setiap bangunan premis selamat untuk didiami dan bagi mengelakka­n timbulnya masalah berurusan dengan pihak insurans sekiranya berlaku kebakaran atau sebarang bentuk musibah yang lain.

 ??  ?? DIIKTIRAF SELAMAT: Khirudin (dua kiri) menyampaik­an sijil perakuan bomba kepada Derrick pada acara penyerahan­nya di hotel berkenaan, kelmarin.
DIIKTIRAF SELAMAT: Khirudin (dua kiri) menyampaik­an sijil perakuan bomba kepada Derrick pada acara penyerahan­nya di hotel berkenaan, kelmarin.
 ??  ?? USAHA MURNI: Beberapa individu sedang menderma darah dalam Kempen Derma Darah `Share Life, Donate Blood’ anjuran BPHB dan Unit Tabung Darah Hospital Bintulu.
USAHA MURNI: Beberapa individu sedang menderma darah dalam Kempen Derma Darah `Share Life, Donate Blood’ anjuran BPHB dan Unit Tabung Darah Hospital Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia