Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP akan pertahanka­n kerusi DUN Engkilili

Engkilili merupakan kerusi tradisi SUPP dan diperakui parti komponen GPS, kata Dr Sim

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Presidenny­a Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata Engkilili merupakan kerusi tradisi SUPP dan diperakui oleh parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Justeru katanya, semua parti komponen diberi tanggungja­wab bagi memastikan kemenangan calon GPS daripada SUPP di kerusi itu kelak.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Bilik Gerakan GPS di Pusat Khidmat SUPP Cawangan Engkilili dan Pusat Khidmat

Presiden SUPP

Masyarakat ADUN N.32 Simanggang di Sri Aman, kelmarin.

Mengenai persediaan jentera SUPP di Cawangan Simanggang, Dr Sim berkata beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat.

“Saya gembira mengetahui kerjasama daripada parti komponen GPS di kawasan ini sangat baik.

“Ini mencermink­an kerjasama yang kukuh memastikan majoriti bertambah kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Francis Harden Hollis yang juga Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti,” katanya.

Tambah Dr Sim, kemenangan GPS di kedua-dua kerusi tersebut (Simanggang dan Engkilili) sangat penting bagi meneruskan pembanguna­n di kawasan berkenaan.

“Hanya kerajaan GPS terbukti dapat membawa kemakmuran kepada rakyat Sarawak dan pengundi tidak seharusnya memperjudi­kan nasib generasi akan datang,” katanya.

Dalam pada itu pada PRN yang lepas, kerusi Engkilili dimenangi calon langsung

Saya gembira mengetahui kerjasama daripada parti komponen GPS di kawasan ini sangat baik.

Dato Sri Dr Sim Kui Hian

Barisan Nasional (BN) Dr Johnical Rayong Ngipa yang kemudianny­a meny- ertai Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan kini Parti Sarawak Bersatu (PSB).

 ??  ?? RASMI: Dr Sim (dua kanan) dan Harden (tiga kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Bilik Gerakan GPS di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang di Sri Aman, kelmarin.
RASMI: Dr Sim (dua kanan) dan Harden (tiga kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Bilik Gerakan GPS di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang di Sri Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia