Utusan Borneo (Sarawak)

GPS diyakini mampu memenangi PRN12, kata Kong

-

SIBU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini mampu memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12), sekali gus terus memimpin Kerajaan Sarawak, kata Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Kelvin Kong.

Beliau mendakwa, tiada siapa dapat menafikan kemenangan GPS itu kerana mempunyai sokongan kuat daripada rakyat.

“Tiada siapa dapat menafikan kemenangan kita pada PRN akan datang, itu adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.

“Soalnya, berapa kerusi mampu kita menang untuk membentuk kerajaan, tidak ada keraguan lagi,” katanya pada majlis di sini, kelmarin.

Dakwa Kong lagi, semasa bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu di Parlimen Lanang, beliau mendapat sokongan kuat daripada masyarakat luar bandar.

Katanya, 65 hingga 70 peratus masyarakat luar bandar terutama penduduk di rumah panjang menyokong beliau pada ketika itu sebagai calon SUPP-Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, untuk PRN akan datang, beliau menggesa penduduk di kawasan Dudong memberi sokongan kepada Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong untuk menjadi calon dan seterusnya memenangi kerusi berkenaan.

“Tanpa Dudong atau tanpa wakil rakyat Dudong daripada GPS, apa yang kita janjikan akan jadi kosong.

“Kita tidak dapat membela nasib rakyat di luar bandar dengan baik.

“Saya yakin, di bawah kepimpinan Wong, beliau dapat memberi pertolonga­n kepada rakyat di kawasan Dudong untuk lima tahun akan adang.

Sama-sama kita bersatu hati dan abaikan salah faham yang pernah terjadi dahulu,” ujarnya.

Beliau juga berkata, kawasan Dudong telah ketinggala­n atau tercicir daripada pembanguna­n sejak tahun 2011 selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck bersara.

“Di bawah kepimpinan (Ketua Menteri Datuk Patinggi) Abang Johari (Tun Openg), saya yakin Sarawak akan terus membangun dengan begitu kukuh, baik dan memberangs­angkan dalam lima tahun akan datang.

“Sebab itu, kita perlu memastikan kerusi Dudong kembali kepada GPS supaya pembanguna­n dapat dibawa ke kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? KONG
KONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia