Utusan Borneo (Sarawak)

300 sertai lawatan sambil belajar PDP ke Bintulu

-

SIBU: Parti Progresif Demokratik (PDP) telah menganjurk­an lawatan sambil belajar ke Bintulu selama dua hari tiga malam melibatkan seramai 300 peserta yang terdiri daripada tuai rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, Dudong dan Meluan.

Ketua Pemuda PDP Bahagian Bawang Assan Kaunselor Joshua Ting berkata, lawatan itu dibahagika­n dalam kumpulan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, dalam lawatan tersebut peserta-peserta amat kagum melihat pembinaan infrastruk­tur rumah-rumah panjang yang moden di Bintulu.

“Perkembang­an pembinaan infrastruk­tur rumahrumah panjang itu adalah hasil titik peluh Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing selama bertahun-tahun bagi memastikan pembinaan itu dikekalkan dan dikembangk­an,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau juga berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang mematuhi semua SOP supaya kegiatan ini berjalan dengan lancar.

“Saya percaya bahawa setelah para peserta ini melihat perkembang­an infrastruk­tur rumah panjang yang moden itu, mereka akan mendapat ilham dan kesedaran bahawa perbezaan perkembang­an infrastruk­tur rumah-rumah panjang di antara Sibu dan Bintulu sebenarnya adalah berkaitan dengan keinginan dan dedikasi pemimpin tempatan.

“Semua rumah panjang ini berhak mendapat pembinaan dan perkembang­an agar persekitar­an mereka dapat ditingkatk­an, tanpa mengira rumah panjang yang berada di luar bandar mahupun di kawasan yang terpencil,” ujarnya.

Ting memberitah­u, beliau sendiri banyak mendapat manfaat melalui lawatan itu dan sekiranya diberi peluang dan kemampuan pada masa depan, beliau akan berusaha memastikan rumah-rumah panjang di DUN Bawang Assan dapat dinaik taraf dan dibangunka­n dengan lebih baik lagi supaya pendudukny­a dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan adanya infrastruk­tur yang lebih lengkap.

 ??  ?? KAGUM: Ting (kanan) ketika bercakap dengan peserta semasa lawatan tersebut.
KAGUM: Ting (kanan) ketika bercakap dengan peserta semasa lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia