Utusan Borneo (Sarawak)

Warga pendidik perlu fahami etika perkhidmat­an

-

BINTULU: Warga pendidik perlu memahami etika perkhidmat­an keguruan supaya mampu berdaya saing dalam melahir kepimpinan cemerlang pada masa depan selaras dengan misi dan visi Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh Ismawi Bujang berkata, etika yang diamalkan itu juga akan mampu membentuk dan mencapai sekolah cemerlang dengan memahami serta fokus dengan tugas sebagai seorang pendidik.

“Untuk pegawai-pegawai di PPD Tatau/Sebauh pula, mereka merupakan pembimbing dan pendukung dengan kerjasama warga sekolah untuk mentranfor­masikan pendidikan di dua daerah ini,” ujarnya berucap merasmikan Eksplorasi Inovasi: Suatu Destinasi Ke Arah Transforma­si Sekolah Gemilang anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tatau di sini, semalam. Ismawi berkata, selaras tema PPD Tatau/Sebauh iaitu ‘Memperkasa Pendidikan, Melestarik­an Kemenjadia­n Murid’, maka guru-guru perlu memahami tugas mereka untuk merealisas­ikan Falsafah Pendidikan Negara dan menjadi guru cemerlang yang mampu melahir insan cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.

Sementara itu Guru Besar merangkap pengerusi program Ibrahim Setok berkata, program itu untuk berkongsi idea dengan guru-guru muda agar lebih berdaya saing dalam memantap diri sebagai pemimpin masa depan.

Selain itu katanya, melalui perkongsia­n itu diharap dapat membantu sekolah merintis peluang menjadi sekolah cemerlang terutama sekolah yang menjalani program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25).

Fasilitato­r yang menyampaik­an ceramah dalam program itu ialah Timbalan PPD Sektor Pembelajar­an PPD Dalat Donny Dahlan.

Hadir sama Pegawai PPD Tatau/Sebauh Madelene Bilong, Guru Besar SK Kelawit Janudin Abdul Rahman, Junit Jimbau daripada SK Sungai Bagiau, Mohd Farhan Abdullah daripada SK Kuala Annau, Talang Assun daripada SK Sungai Sebungan serta 60 guru sekolah rendah daerah Tatau dan Sebauh.

 ??  ?? DENGARKAN: John Sikie (kiri) menyampaik­an amanatnya di hadapan penduduk yang hadir.
DENGARKAN: John Sikie (kiri) menyampaik­an amanatnya di hadapan penduduk yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia