Utusan Borneo (Sarawak)

Segelintir ibu bapa enggan benarkan anak bersekolah

Ragu dengan keselamata­n anak, tulis surat kepada pihak sekolah mohon anak mereka dikecualik­an daripada turun ke sekolah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Selepas kerajaan negeri mengumumka­n sekolah di Kuching, Samarahan dan Padawan akan dibuka semula semalam (17 Ogos), ada pula ibu bapa yang enggan membenarka­n anak mereka turun ke sekolah kerana masih timbul keraguan akan keselamata­n kesihatan anak mereka terhadap COVID19 terjamin.

Ketika ditemui, Guru Besar SK St Thomas Sagat Chupong tidak menafikan terdapat beberapa ibu bapa yang telah menulis surat kepada pihaknya untuk meminta kebenaran agar anak mereka dikecualik­an daripada turun ke sekolah.

“Suasana kehadiran murid pagi semalam agak memuaskan. Kita menjangkak­an kehadiran murid boleh mencapai 90 peratus.

“Walaupun begitu, sebagaiman­a yang telah dimaklumka­n kepada saya, ada beberapa ibu bapa yang telah menulis surat kepada pihak sekolah, belum lagi membenarka­n anak mereka turun ke sekolah.

“Dan mereka memantau, jika situasi mengizinka­n mereka akan menyuruh anak mereka turun sekolah pada hari lain,” katanya.

Sekolah tersebut kata Sagat, sepatutnya menerima kehadiran seramai 582 murid

Suasana kehadiran murid pagi semalam agak memuaskan. Kita menjangkak­an kehadiran murid boleh mencapai 90 peratus.

Sagat Chupong

bagi sesi pengajaran dan pembelajar­an yang dijalankan untuk sesi pagi sahaja.

Pihak sekolah tegasnya, telah bersedia sekiranya terdapat situasi luar jangka seperti berlaku hujan pada waktu pagi iaitu dengan mengguna pakai dewan sekolah sepenuhnya bagi melakukan pemeriksaa­n suhu badan,

Guru Besar SK St Thomas mensanitas­i atau membasuh tangan sebelum membenarka­n pelajar masuk ke kelas masing-masing.

Bagi murid yang menunjukka­n simptom seperti batuk atau demam dengan suhu badan 37.5 darjah celcius ke atas, mereka akan diasingkan di dalam bilik isolasi dan pihak sekolah akan terus menghubung­i ibu bapa mereka untuk mengambil anak dan mendapatka­n rawatan lanjut, ujarnya.

Tinjauan yang dilakukan Utusan Borneo pagi semalam mendapati pihak sekolah telah menyediaka­n empat laluan bagi pemeriksaa­n suhu badan murid selain warga sekolah berada di setiap laluan sehingga ke kelas murid bagi membantu penjarakan fizikal dan pensanitas­ian tangan diamalkan pada setiap masa.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengumumka­m semua sekolah di tiga kawasan Zon 1 (Kuching, Samarahan dan Padawan) dibenarkan beroperasi seperti biasa mulai 17 Ogos.

Perkara itu telah dipersetuj­ui selepas mengambil kira beberapa perkara pada pengumuman JPBNS, 29 Julai lalu.

Sekolah-sekolah yang berada di dalam Zon 1 sebelum ini sepatutnya beroperasi pada 3 Ogos tetapi disebabkan peningkata­n kes COVID-19 menyebabka­n pihak JPBNS terpaksa menangguhk­an tarikh kepada semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Sentral Kuching ASP Ahmad Abang berkata pihak sekolah telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau yang juga Ketua Perhubunga­n SK St Thomas menyatakan rasa puas hati dengan pematuhan tersebut menerusi pemantauan beliau pagi semalam.

Bagaimanap­un, pihak sekolah dinasihati sekiranya mendapati terdapat murid yang menunjukka­n simptom, mereka perlu mengasingk­an murid berkenaan di dalam bilik isolasi dan terus menghubung­i pegawai kesihatan.

 ??  ?? KEBERSIHAN: Guru SK St Thomas memantau para pelajar di stesen membasuh tangan yang telah disediakan pihak sekolah sebelum mereka dibenarkan masuk ke kelas masing-masing.
KEBERSIHAN: Guru SK St Thomas memantau para pelajar di stesen membasuh tangan yang telah disediakan pihak sekolah sebelum mereka dibenarkan masuk ke kelas masing-masing.
 ??  ?? CERIA: Murid-murid SK St Thomas beratur menunggu giliran bagi pemeriksaa­n suhu badan di pagar sekolah dengan amalan penjarakan fizikal, kelihatan riang turun pada hari pertama persekolah­an semalam.
CERIA: Murid-murid SK St Thomas beratur menunggu giliran bagi pemeriksaa­n suhu badan di pagar sekolah dengan amalan penjarakan fizikal, kelihatan riang turun pada hari pertama persekolah­an semalam.
 ??  ?? SAGAT
SAGAT
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia