Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa akur hantar anak ke sekolah walaupun masih bimbangkan COVID-19

-

KUCHING: Demi masa depan anak-anak, ibu bapa akur menghantar anak mereka ke sekolah bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajar­an semalam.

Priscilla Michael, 38, menyatakan kepada Utusan Borneo bahawa dia risau berbaur bingung mahu membenarka­n anak tunggalnya, Marlon Emmanuel Mike Redway, 10 tahun, untuk turun ke sekolah pagi semalam.

“Sebelum ini saya sudah bertanya kepada ibu-ibu yang menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan St John Taee, Serian tentang prosedur operasi standard (SOP) di sekolah.

“Semuanya meyakinkan, dan Zon 1 (Kuching ke Serian) sudah beransur baik daripada pandemik COVID19 dan SOP pada waktu rehat tempat duduk mereka juga telah disediakan, kemudian beratur dan tidak merayau sesuka hati di kawasan sekolah seperti sebelumnya,” kata beliau semalam.

Tambahnya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) proses pengajaran dan pembelajar­an memang aktif dijalankan dalam talian, bagaimanap­un dihentikan selepas sekolah mulai beroperasi.

Tetapi selepas sekolah mulai dibuka beberapa minggu baru-baru ini, pembelajar­an dalam talian tidak diteruskan sebab guru memfokuska­n kepada pengajaran dan pembelajar­an di sekolah, katanya.

“Dari semalam saya sudah mengajar anak untuk memakai pelitup muka, pakai sanitasi tangan yang telah disediakan, kalau ada kawan demam atau batuk jangan didekati.

“Bagus juga anak saya mulai turun ke sekolah supaya tidak ketagihan untuk bermain dengan permainan dalam talian,” ujarnya.

Sementara itu, seorang usahawan Carmen Kiew berkata dia tidak akan menghantar anak-anaknya ke sekolah sehingga September depan kerana risau pandemik COVID-19 akan berterusan dan menjangkit­i anaknya.

Dia amat bersetuju sekiranya Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) masih membenarka­n pembelajar­an di jalankan dalam talian dengan kecanggiha­n teknologi yang ada pada masa kini.

“Saya ingin mencadangk­an agar warga guru masih menyediaka­n bahan mengajar untuk pelajar yang masih mahu belajar dari rumah secara dalam talian,” katanya yang masih mempunyai tiga anak yang bersekolah di tingkatan dua, tingkatan satu dan tahun enam.

Suria Salleh, 46, pula sangat bersedia membenarka­n anaknya Muhd Ziyad Muqri, yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg untuk memulakan persekolah­an di tingkatan empat mulai hari ini (18 Ogos).

“Ketika anak saya menjalani pembelajar­an dalam talian, ia agak terhad dan terpaksa pula dia belajar sendiri tanpa sebarang panduan daripada guru dan ia amat menyukarka­n.

“Saya sudah berpesan kepada anak untuk menjaga jarak dan jangan terlalu rapat dengan rakan sebaya lagipun penyakit ini masih lagi berada dalam lingkaran kehidupan kita hari ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah mengumumka­m semua sekolah di tiga kawasan Zon 1 (Kuching, Samarahan dan Padawan) dibenarkan beroperasi seperti biasa semalam.

Perkara itu telah dipersetuj­ui selepas mengambil kira beberapa perkara pada pengumuman JPBNS, 29 Julai lalu.

Sekolah-sekolah yang berada dalam Zon 1 sebelum ini sepatutnya beroperasi pada 3 Ogos tetapi disebabkan peningkata­n kes COVID-19 menyebabka­n pihak JPBNS terpaksa menangguhk­an tarikh kepada 17 Ogos.

 ??  ?? BERJAGA-JAGA: Priscilla memberi bekalan pelitup muka dan pensanitas­i tangan kepada anaknya, Marlon sebelum meninggalk­an pekarangan sekolah semalam.
BERJAGA-JAGA: Priscilla memberi bekalan pelitup muka dan pensanitas­i tangan kepada anaknya, Marlon sebelum meninggalk­an pekarangan sekolah semalam.
 ??  ?? SURIA
SURIA
 ??  ?? PRISCILLA
PRISCILLA
 ??  ?? CARMEN
CARMEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia