Utusan Borneo (Sarawak)

Kompaun RM1,000 ke atas pesalah langgar SOP perlu dikaji semula

-

SIBU: Kerajaan diseru supaya mengkaji semula denda RM1,000 kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Bendahari Agung Parti Progresif Demokratik (PDP) Dato Sri Lau Keung Chai berkata, meskipun denda itu boleh dirayu atau dikurangka­n namun belum ada dinyatakan setakat mana jumlahnya boleh dikurangka­n.

“Kompaun RM1,000 dilihat amat berat.

“Tujuan PKPP adalah untuk meningkatk­an kesedaran rakyat dan mencegah penularan wabak ini, bukannya untuk menyusahka­n rakyat.

“Sudah tentu ia akan membebanka­n banyak orang terutama orang yang berpendapa­tan rendah,” katanya dalam satu kenyataann­ya, semalam.

Menurutnya lagi, terdapat enam sekeluarga di negeri Selangor baru-baru ini yang pergi ke pasar raya dan dikenakan denda RM6,000 kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Jelasnya, rakyat yang didenda kerana tidak menjaga penjarakan fizikal ketika makan di luar sering didengari dari semasa ke semasa.

Justeru, Lau mencadangk­an agar ahli keluarga yang makan di luar tidak perlu menjaga penjarakan fizikal ketika makan bersama di satu meja.

“Dengan cara ini, restoran juga dapat menjimatka­n ruang dan kos.

“Polis boleh memberikan denda kepada salah seorang ahli keluarga yang melanggar SOP agar mereka tidak mengulangi kesalahan itu lagi dan bukannya mengeluark­an saman, malahan boleh memberi nasihat sebelum mengeluark­an saman,” tegasnya.

Beliau juga mengatakan bahawa negara kini sedang mengalami kemerosota­n ekonomi membuatkan ramai orang menghadapi penganggur­an dan pemotongan gaji.

“Semua orang mengikat perut untuk hidup dan susah untuk mencari rezeki.

“Sekiranya kerajaan masih mengenakan denda yang berat kepada rakyat pada masa ini, ia tidak hanya membebanka­n rakyat tetapi juga boleh menimbulka­n rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Lau memberitah­u, ramai rakyat Sarawak mengadu kepada beliau bahawa denda RM1,000 terlalu tinggi dan mereka juga tidak mampu membayarny­asekiranya­didenda kerana melanggar SOP.

Oleh itu, beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula dasar ini.

“Sekiranya pegawai penguat kuasa memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu sebelum mengeluark­an saman, orang ramai mungkin akan lebih bersedia menerimany­a,” kata Lau.

Sementara itu, beliau mencadangk­an agar kerajaan menurunkan kadar denda bagi pelaku kesalahan pertama kepada RM250 dan menurunkan harga pelitup muka sehingga orang ramai dapat membeli.

Katanya, kerajaan boleh menggunaka­n pendekatan denda bertahap.

“Contohnya, bagi pesalah pertama kali akan dikenakan denda RM250, sekiranya masih lagi mengulangi kesalahan itu akan dikenakan denda sebanyak RM500 dan RM1,000 atau penjara sekiranya masih lagi mengulangi kesalahan untuk kali ketiga,” ujarnya.

Bagaimanap­un, Lau mengingatk­an rakyat bahawa tidak kira sama ada denda atau tidak demi kesihatan dan keselamata­n mereka sendiri, orang ramai mesti memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau menaiki pengangkut­an awam dalam tempoh PKPP ini.

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia