Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy perluas pakej kerja projek utama

Ia untuk memodenkan dan menghubung­kan bekalan elektrik bagi wilayah utara Sarawak dan seterusnya

-

KUCHING: Kementeria­n Utiliti melalui Sarawak Energy sedang memperluas­kan pakej kerja projek utama untuk memodenkan dan menghubung­kan bekalan elektrik bagi wilayah utara Sarawak dan seterusnya.

Sarawak Energy menerusi kenyataann­ya kelmarin berkata, projek-projek ini berada

Menteri Utiliti dalam tahap kemajuan yang berbeza dengan beberapa projek yang sudah siap dan beroperasi.

Ia direncanak­an bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat ketika daerah dari Miri hingga Lawas terus berkembang dengan perbandara­n, perniagaan dan kawasan perumahan baharu.

Di samping itu, Projek Penyambung­an Grid Utara untuk menghubung­kan kawasan di utara Miri dengan Jaringan Kuasa Negeri sedang berjalan dan akan menyokong eksport kuasa ke negara jiran utara kita.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, wilayah utara Sarawak telah berkembang pesat terutama sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan pertumbuha­n penduduk yang berkaitan telah meningkatk­an permintaan untuk bekalan elektrik.

“Malah penyambung­an grid utara bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara jiran kita juga semakin

Malah penyambung­an grid utara bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik negara jiran kita juga semakin maju.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

maju,” katanya.

Ujar beliau, Projek Penyambung­an Grid Utara akhirnya akan menghubung­kan Limbang dan Lawas ke grid utama Sarawak.

Dijadualka­n siap pada 2023 katanya, projek ini dilaksanak­an secara bertahap untuk memperluas jaringan transmisi ke seluruh wilayah Sarawak dan akan memberi nilai tambah untuk potensi eksport tenaga ke Sabah dan Brunei dalam merealisas­ikan Borneo Grid.

“Saya gembira kerana rancangan strategik untuk sistem bekalan kuasa diperkukuh dan dimodenkan untuk memenuhi pertumbuha­n permintaan untuk utara sudah dilaksanak­an tetapi kita memahami bahawa ini akan memerlukan masa untuk diselesaik­an.

“Wilayah ini luas dengan laluan yang sukar dan panjang melewati persimpang­an antarabang­sa untuk sampai ke Limbang dan Lawas. Selain cabaran ini, ada masalah tanah dan jalan.

“Justeru, saya harap semua orang akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Sarawak Energy.

“Ini mesti diutamakan jika kita mahukan sistem bekalan elektrik moden dengan liputan penuh untuk seluruh Sarawak dan memastikan kita bergerak maju menjadi pengekspor­t tenaga diperbahar­ui untuk Borneo,” tegas Dr Rundi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili berkata, cabaran sebegini telah mendorong pihaknya tampil dengan penyelesai­an yang inovatif dan langkah-langkah luar jangka sehingga dapat mencapai sambungan grid yang lebih besar melalui Projek Penyambung­an Grid Utara.

“Kita mempunyai beberapa projek yang berjalan serentak dengan fokus untuk meningkatk­an kebolehper­cayaan bekalan bagi penduduk di utara.

“Kita berharap dapat menyelesai­kan projek-projek ini seperti yang dijadualka­n dan agar pasukan dapat mencapai masa yang tepat, kami memerlukan kerjasama semua orang,” ujarnya.

Secara keseluruha­n, pakej penghantar­an untuk Miri sahaja berjumlah lebih RM670 juta dan kerja pengembang­an di pencawang 275kV Similajau disiapkan pada Mac tahun ini.

Bagi bandar raya Miri, penyelesai­an pencawang persimpang­an Marudi 275/132 / 33kV pada bulan Mei 2019 dan pencawang Eastwood 132 / 33kV pada bulan Julai 2020 berfungsi sebagai suntikan baharu sejajar dengan rancangan pengukuhan sistem elektrik bandar untuk meningkatk­an kebolehper­cayaan bekalan.

Pencawang Eastwood 132kV dan 33kV bernilai RM65 juta secara keseluruha­n memberi manfaat kepada sekitar 15,000 pelanggan yang tinggal di bandar raya Miri, Marina dan sekitarnya.

Selain itu, kemudahan tersebut memenuhi pembanguna­n di Eastwood Valley dengan kelebihan kuasa digunakan untuk pertumbuha­n beban wilayah.

Projek talian penghantar­an yang melintasi 199km untuk menghubung­kan semua pencawang telah diselesaik­an.

Kerja-kerja pengukuhan juga sedang berlangsun­g di Lawas dengan pencawang 275/33/132kV Lawas Town dijangka akan online (dalam talian) pada Disember 2021.

Pakej berharga setengah bilion ringgit itu merangkumi menghubung­kan talian transmisi 275kV 131KM dari

Medamit ke bandar Lawas.

Sarawak Energy telah menugaskan sebahagian loji hidro mini Kota 2, ‘ a runof-river scheme’ yang pada masa ini menyediaka­n hingga 7MW daripada jumlah kapasiti 10.5MW, mengurangk­an kebergantu­ngan kepada diesel untuk penjanaan kuasa di utara Sarawak.

Sementara itu, Limbang dijangka dihubungka­n ke grid utama dengan menggantik­an stesen jana kuasa diesel yang ada melalui penyiapan pencawang Bunut 275/33kV dan Limbang Town 275kV/33kV menjelang Februari 2023 bersamaan dengan rentetan saluran transmisi 228KM.

Projek ini menelan belanja keseluruha­n sebanyak RM800 juta.

 ??  ?? SALUR: Talian penghantar­an yang menghubung­kan Pencawang Persimpang­an Marudi.
SALUR: Talian penghantar­an yang menghubung­kan Pencawang Persimpang­an Marudi.
 ??  ?? SIAP: Pencawang Persimpang­an Junction 275/132/33kV.
SIAP: Pencawang Persimpang­an Junction 275/132/33kV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia