Utusan Borneo (Sarawak)

Willie tolak dakwaan terima surat saman daripada PKR

-

KUCHING:BekasPenge­rusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Mambong Willie Mongin menolak dakwaan telah menerima surat saman daripada kepimpinan PKR peringkat nasional menuntut RM10 juta daripadany­a.

Beliau katanya, tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut tetapi turut mengesahka­n bahawa tidak pernah membayar bon atau menandatan­gani sebarang dokumen perjanjian dengan parti berkenaan.

“Setakat ini, saya tidak ada menandatan­gani bon dengan parti dan sebagainya. Saya juga belum menerima surat tuntutan dan sebagainya daripada pihak parti itu.

“Tetapi jika ada menerima dan mereka mahu ambil tindakan mahkamah... kita akan berlawan di mahkamah,” katanya ketika ditanya pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Persekutua­n bagi Gereja St Francis Xavier, Seratau kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Koperasi berkata belum terbuka hati untuk menyertai manamana parti tetapi merupakan pemimpin yang menyokong Perikatan Nasional Plus Gabungan Parti Sarawak (PN+GPS).

Kata Willie, komitmen beliau adalah untuk bekerjsama dengan kerajaan negeri demi kesejahter­aan dan pembanguna­n yang akan diberikan kepada rakyat.

Sebelum itu, beliau ketika berucap berkata dirinya tidak mempedulik­an mulut sumbang yang menyatakan beliau adalah seperti katak dan mudah dibeli dengan harga kononnya RM32 juta.

“Saya tidak akan gadaikan diri untuk duit. Apa-apa fahaman politik itu kehendak diri tapi mesti agendanya memperjuan­gkan nasib dan kesejahter­aan rakyat yang telah tertangguh kerana perubahan politik negara barubaru ini,” tambahnya.

PKR pernah mengeluark­an kenyataan bahawa pihaknya akan mengheret 12 wakil rakyatnya yang melompat parti baru-baru ini ke mahkamah dan menuntut mereka untuk membayar RM10 juta setiap seorang.

Bendahari parti itu, Lee Chean Chung berkata saman oleh PKR itu berdasarka­n dokumen undang-undang yang ditandatan­gani wakil rakyat berkenaan sebelum mereka diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum 2018.

Willie bersama Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan Ali Biju (Saratok) adalah antara 12 wakil rakyat terbabit, terdiri daripada sembilan anggota Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata beliau menjangkak­an Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia