Utusan Borneo (Sarawak)

21 kompaun langgar SOP dikeluarka­n di Betong

-

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong telah mengeluark­an 21 kompaun yang melibatkan 16 orang awam dan lima premis di kawasan pentadbira­nnya sepanjang tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 1 Ogos hingga 14 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli memberitah­u, pihaknya telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas tempat-tempat awam dan kenderaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Kami telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas 511 premis, kenderaan persendiri­an dan pasar awam sepanjang tempoh 14 hari pelaksanaa­n PKPP.

“Ini melibatkan sebanyak 482 premis terdiri daripada 185 pasar raya dan kedai runcit, 90 restoran dan kedai makan, lapan kilang dan hotel, 64 bank, 46 kedai perabot dan peralatan elektrik, 40 bengkel dan kedai perkakasan, 22 kedai aksesori dan kedai emas, 27 kedai mudah alih dan kedai pakaian.

“Untuk kenderaan persendiri­an sebanyak 23 manakala enam pasar awam dan pasar tani,” katanya menerusi siaran media yang dikeluarka­n kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tempoh 14 pelaksanaa­n PKPP, beliau berpuas hati terhadap kadar pematuhan SOP PKPP di Betong.

“Namun masih terdapat segelintir masyarakat serta peniaga yang masih berdegil atau lupa kepada pematuhan SOP yang berkuat kuasa.

“Untuk itu pihak berkuasa tetap akan mengambil tindakan tegas dengan mengenakan kompaun kepada mereka yang melanggar SOP,” tegasnya.

“Pada masa yang sama, masyarakat umum juga diminta membantu pihak berkuasa dengan cara menyalurka­n maklumat terhadap perlanggar­an SOP ini tanpa niat menganiaya sesiapa pun dan maklumat yang disalurkan hendaklah tepat dan betul.

“Kerjasama ini hendaklah berterusan daripada pelbagai aspek jenayah termasuk dadah, trafik, jenayah komersial, bencana alam dan SOP PKPP,” ujarnya.

“Sama-samalah kita menjaga kawasan kita daripada pelbagai anasir negatif yang boleh memudaratk­an masyarakat amnya.

“Segala maklumat bolehlah disalurkan terus ke balai polis berdekatan dan Bilik Gerakan IPD Betong iaitu IPD Betong atau Balai Polis Betong di talian 083-472345, 472623, 472779 dan 472771.

“Bagi Pusat Kawalan IPD Betong (083-471794), Balai Polis Spaoh (083-473333), Balai Polis Debak (083464120) dan Balai Polis Pusa (083-465137),” katanya.

 ??  ?? ZAMRY
ZAMRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia