Utusan Borneo (Sarawak)

Laksana lebih banyak program kesejahter­aan rakyat: Agong

Usaha keras dan langkah berani kerajaan sangat disanjung tinggi

-

PUTRAJAYA: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah melahirkan harapan agar kerajaan terus memperbany­ak dan melaksanak­an program kesejahter­aan rakyat pada masa hadapan bagi manfaat rakyat.

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda sangat menyanjung tinggi pelbagai usaha keras dan langkah berani yang telah dan bakal diambil oleh kerajaan untuk melindungi keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat jelata.

“Beta telah mengikuti ucapan memanda Perdana Menteri sebentar tadi (semalam) dan beta menghargai tindakan bestari kerajaan beta dalam memperkena­lkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan juga Pelan

“Kerajaan beta juga hendaklah terus memberi penekanan terhadap nilai integriti dan tadbir urus yang baik. Rasuah dan salah guna kuasa hendaklah terus diperangi tanpa mengira sesiapa. ”

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Yang di-Pertuan Agong

Jana Semula Ekonomi Negara. Beta percaya rakyat jelata akan mendapat manfaat daripada pakej-pakej tersebut,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsun­g di Istana Melawati di sini semalam.

Yang di-Pertuan Agong turut amat bersetuju dengan pendekatan holistik yang diambil oleh kerajaan bagi menggiatka­n semula sektor ekonomi dan perindustr­ian negara, di samping mewujudkan ekosistem yang lebih mesra perniagaan dan lebih banyak peluang pekerjaan.

Titah Seri Paduka lagi, semua inisiatif dan pendekatan tersebut jelas membuktika­n bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri telah menyahut seruan baginda untuk sentiasa menjiwai keluh kesah dan membela nasib rakyat jelata.

Melihat urus niaga dalam talian semakin mendapat tempat di hati rakyat jelata dan sangat bersesuaia­n dengan norma baharu, Seri Paduka bertitah ia wajar ditingkatk­an selaras dengan matlamat negara untuk meningkatk­an penggunaan teknologi dan membentuk masyarakat tanpa tunai bagi merancakka­n ekonomi digital.

Pada masa yang sama, AlSultan Abdullah turut menggesa agar perkhidmat­an awam bersedia melalui pembaharua­n dan penambahba­ikan agar ia lebih responsif dalam memudahkan urusan rakyat jelata.

“Kerajaan beta juga hendaklah terus memberi penekanan terhadap nilai integriti dan tadbir urus yang baik. Rasuah dan salah guna kuasa hendaklah terus diperangi tanpa mengira sesiapa,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Melangkah ke hadapan, Seri Paduka mahu rakyat jelata agar terus bersatu padu dalam memerangi pandemik COVID-19 dan Al-Sultan Abdullah juga melahirkan rasa bangga melihat solidariti rakyat berbilang kaum menerusi pelbagai kerja-kerja sukarelawa­n yang dipamerkan sepanjang negara berhadapan dengan pandemik itu.

“Semua sifat terpuji ini sangat bertepatan dengan tema ‘Malaysia Prihatin’, bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Beta berkeyakin­an yang kejayaan akan dapat kita capai menerusi sifat prihatin sesama kita sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan didukung pula dengan semangat patriotism­e yang tinggi,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah masa depan yang bakal ditempuhi bukanlah masa untuk mengadu domba perkara remeh, mahupun mencetus sengketa dalam pentas pertarunga­n yang hanya mengundang musibah kepada rakyat jelata.

“Sebaliknya, kita hendaklah maju melangkah ke hadapan atas landasan solidariti yang kukuh antara kerajaan beta dengan rakyat jelata, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik. Sahutlah seruan beta untuk kita terus kekal sehati sejiwa dan penuh muafakat dengan semangat patriotism­e yang tinggi, agar negara yang kita sayangi ini kembali menempa kemajuan dan terus stabil mencapai matlamat yang diimpikan,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah juga mengajak rakyat jelata untuk bersama-sama mengorak langkah maju ke hadapan, memandangk­an pada pengamatan Seri Paduka, segala dugaan itu akan dapat dihadapi menerusi pembentuka­n simbiosis yang erat antara kerajaan dengan rakyat.

Seri Paduka juga sedar bahawa pandemik COVID-19 masih belum selesai dan ia telah mengundang keadaan sukar yang membawa kedukaan kepada rakyat jelata, dan negara sendiri telah melalui pelbagai cabaran getir ekoran daripada pandemik itu.

“Beta berharap agar rakyat jelata akan terus bertabah untuk melewati saat-saat sukar yang belum pernah kita alami sebelum ini. Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga Allah menjauhi negara daripada wabak penyakit yang melanda ini dan seterusnya melimpahi Malaysia yang tercinta dengan keberkatan serta keamanan dan perpaduan yang berkekalan,” titah Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Sultan Abdullah Riaayatudd­in Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ketika berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n Tahun 2020 sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Melawati semalam.
— Gambar Bernama TABIK HORMAT: Sultan Abdullah Riaayatudd­in Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ketika berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n Tahun 2020 sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Melawati semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia