Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama JAKOA dan Ayam Brand bantu 167 keluarga Orang Asli di empat negeri

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia, komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian sekali gus memberi kesan kepada sebahagian sosioekono­mi mereka.

Justeru, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasam­a dengan Ayam Brand bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersam­aMu ke komuniti Orang Asli di Johor, Pahang, Perak dan Selangor.

Kempen kebajikan komuniti ini kini sedang dilancarka­n di Kampung Kangkar Senanga, Kampung Teluk Gunung, Kampung Orang Asli Tibang dan Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 167 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata, kempen #AyamBersam­aMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga.

“Kempen #AyamBersam­aMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli sekali gus menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseoranga­n dan ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka.

“Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih buat Ayam Brand dan Alce Nero atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbang­kan produk makanan sihat berkualiti premium,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas Juli Edo lagi, oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendali­kan sokongan logistik dan menyelaras­kan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarka­n sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas dari segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersam­aMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersam­aMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandanga­n, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak COVID-19 melanda Malaysia. Dianggarka­n 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

 ??  ?? POSITIF: Kempen #AyamBersam­aMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli kerana mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga ketika wabak COVID-19 melanda.
POSITIF: Kempen #AyamBersam­aMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli kerana mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga ketika wabak COVID-19 melanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia