Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta dari Pahang dan Selangor menang ‘Gaji Seumur Hidup’ daripada Nestle

-

PETALING JAYA: Selepas penantian selama 15 minggu yang cukup mengujakan, Nestle Malaysia akhirnya mengumumka­n dua pemenang hadiah utama peraduan terbesarny­a setakat ini, Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup dalam Pusingan Akhir yang disiarkan oleh TV3, baru-baru ini.

Lebih sejuta penyertaan diterima dan akhirnya Amirrul Hafiz Razak, 32, dari Temerloh, Pahang dan Wong Chee Soon, 40, dari Subang Jaya, Selangor telah dinobatkan sebagai pemenang, dengan setiap seorang daripada mereka memenangi ‘Gaji Seumur Hidup’ iaitu RM3,000 setiap bulan daripada Nestle.

Pada masa sama, pertubuhan amal yang dicalonkan oleh Amirrul dan Wong iaitu Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) serta Yayasan Amal Malaysia turut menerima RM72,000 daripada Nestlé. Amirrul berkata, walaupun untuk memenangi peraduan ini tipis namun tahun 2020 membawa berkat bagi keluargany­a.

“Selain menantikan kelahiran anak sulung pada bulan September ini, saya dihadiahka­n dengan ‘gaji’ untuk seumur hidup dan dengan hadiah ini, saya akan dapat menunaikan hajat ibu bapa saya untuk menunaikan fardu haji di Mekah.

“Saya juga amat bersyukur kerana dapat mencalonka­n PERTIWI. Pertubuhan ini dekat di hati saya kerana ia menggalakk­an perpaduan. Ini amat penting kerana kita hidup di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, dan PERTIWI membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya

Bagi Wong pula, beliau teruja dan masih lagi berasa terkejut apabila dinobatkan sebagai pemenang.

“Saya menghantar hampir 10 penyertaan, setiap kali saya membeli produk Nestle, dan saya gembira kerana telah menurut naluri saya yang membolehka­n saya memenangi Gaji Seumur Hidup.

“Ini pasti akan mengubah dan menambah baik kehidupan keluarga saya kerana saya adalah satu-satunya pencari nafkah bagi keluarga kami. Selain itu, Nestle memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi peraduan ini. Saya harap sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia akan membawa perubahan positif ke dalam hidup insan lain, seperti yang dilakukan oleh peraduan ini untuk saya,” katanya.

Nestle Malaysia juga telah menyumbang­kan sejumlah RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal yang dicalonkan oleh setiap finalis Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup. Lebih 850 rakyat Malaysia memenangi hadiah wang tunai lebih daripada RM4 juta menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. Peraduan berlangsun­g dari 14 Februari hingga 14 Mei 2020. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: (Dari kiri) Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Juan Aranols dan Amirul pada majlis Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup pusingan akhir.
TAHNIAH: (Dari kiri) Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Juan Aranols dan Amirul pada majlis Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup pusingan akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia