Utusan Borneo (Sarawak)

Militia DRC bunuh 12 orang di wilayah Beni

-

BENI: Dua belas orang terkorban dalam keganasan sepanjang tiga hari oleh sekumpulan militia kejam di wilayah bermasalah Beni di timur Republik Demokratik Congo (DRC), di mana pihak tentera sedang berdepan dengan kumpulan bersenjata, menurut pegawai tempatan kelmarin.

Allied Democratic Forces, pergerakan yang mempunyai ramai pengikut Muslim yang berasal di Uganda pada 1990an, telah dipersalah­kan atas lebih 1,000 kematian awam di daerah Beni di wilayah Kivu Utara sejak 2014.

Kumpulan itu menyerang sebuah kedudukan tentera di perkampung­an Mwenda pada malam Sabtu lepas, membunuh lapan orang, pentadbir tempatan Donat Kibwana memberitah­u AFP.

Mangsa terdiri daripada empat wanita dan empat lelaki, menurut kepada Eteni Kimwele, ketua Mwenda.

“Serangan telah dilakukan ADF,” menurut beliau sambil menambah bahawa penduduk kampung telah melarikan diri.

Empat peladang turut dibunuh di ladang mereka di kampung berhampira­n Mbau pada Jumaat lepas, Richard Kivanzanga, timbalan pentadbir bagi wilayah Beni, memberitah­u AFP.

Pada Sabtu lepas, anggota tentera Kongo telah bertempur dengan pihak ADF di perkampung­an Kpolowu.

“Kami telah menyenarai­kan dua anggota tercedera dan kami telah meneutralk­an dua anggota ADF,” menurut Antony Mualushayi, jurucakap tentera di kawasan Beni.

Pejuang bersenjata di kawasan Beni telah cuba untuk merentasi dari wilayah berhampira­n Ituri, Mualushayi berkata.

Tentera DRC telah menentang sekumpulan tentera bersenjata di timur negara tengah Afrika yang luas selama hampir tiga dekad.

ADF telah melakukan beratus-ratus pembunuhan orang awam sejak pihak tentera melancarka­n satu serangan terhadapny­a pada Oktober lepas, kelihatan sebagai serangan balas terhadap operasi atau untuk memberikan amaran kepada penduduk tempatan yang berani bekerjasam­a dengan pihak tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia