Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran hutan pain ancam pusat peranginan Corfu di Greece

-

ATHENS: Satu kebakaran hutan pain yang dimarakkan angin kuat berlaku kelmarin di sepanjang garisan pantai timur laut Corfu, sebuah pulau peranginan di Greece yang mempunyai banyak estet mewah.

Kebakaran meletus berhampira­n pekan pantai berhutan Agios Stefanos di wilayah Erimitis, yang dibanggaka­n penghuni berprofil tinggi seperti keluarga Rothschild dan Agnellis.

Anggota bomba yang menaiki 12 kenderaan dibantu pesawat udara telah diarahkan menangani kebakaran di kawasan yang dikenali sebagai ‘Kensington-on-Sea’ oleh pihak media British.

Pihak pengawal pantai telah memindahka­n satu pasangan dari Belgium dan seorang rakyat tempatan sebagai langkah berjagajag­a dari pantai Agios Stefanos.

Syarikat tabung pelaburan NCH Capital yang berpusat di New York telah membeli satu kawasan tanah yang luas di Erimitis pada 2016 selepas tawar-menawar selama beberapa tahun, dengan rancangan untuk membina sebuah hotel lima bintang dengan 90 bilik, pangsapuri mewah dan sebuah marina.

Dikenali sebagai Projek Kassiopi, ia telah mewujudkan kemungkina­n pakatan bagi pemilik tanah mewah, aktivis alam sekitar dan penduduk yang menentang pusat peranginan itu di mana pembinaann­ya bermula Julai lepas.

Mereka termasuk salah seorang pemilik hartanah terkaya di kawasan itu, pegawai kewangan British Nathaniel Rothschild, anggota keluarga perbankan terkenal Rothschild.

Kebakaran musim panas sering berlaku di Greece, dengan suhu meningkat sehingga 30 darjah Selsius.

Satu kebakaran pada 2018 menyebabka­n 102 maut dalam tragedi buruk sepanjang sejarah moden Greece di Mati, sebuah pusat peranginan pantai timur laut Athens. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia