Utusan Borneo (Sarawak)

Program Khas Maal Hijrah 1442H/2020M di RTM

-

SAMBUTAN Maal Hijrah 1442H/2020M yang jatuh pada 20 Ogos ini, adalah acara kebesaran umat Islam dan memberi makna besar kepada syiar Islam menghayati detik penghijrah­an Rasulullah SAW ke Madinah.

Keistimewa­an Muharam juga kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan sebagai umat Islam mestilah berpegang kepada kenyataan lembaran hijrah itu hendaklah sentiasa dihidupkan dengan meletakkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT.

Walaupun menyambutn­ya dalam suasana norma baharu berikutan penularan Covid-19 masih berlaku di seluruh dunia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga saluran utama siarannya,

TV1, TV2 dan

TV Okey terus optimis membariska­n programpro­gram khas bersesuaia­n bagi mengajak seluruh umat

Islam sentiasa mengingatk­an diri sendiri untuk menjadi lebih baik setiap hari terutama pada sambutan awal tahun baharu hijrah ini.

Jangan lupa untuk menonton siaran langsung Forum Ambang Maal Hijrah, Doa Akhir dan Awal Tahun

1442H/19 Ogos 2020M pada 19 Ogos ini jam 6.00 petang.

Program siaran langsung khas terbitan RTM ini merupakan bual bicara dan bacaan doa juga awal tahun dalam takwim (kalendar) Islam.

Berikut adalah antara programpro­gram menarik yang akan ditayangka­n di TV1, TV2 dan TV Okey pada sambutan Maal HIjrah tahun ini.

Doku Khas Maal Hijrah: Sentuhan Jiwa (20 Ogos 2020, 10.30 pagi)

Dokumentar­i terbitan JAKIM yang mengisahka­n Mohd Sukor Ibrahim (OKU) yang berjaya memberi inspirasi, aspirasi dan motivasi kepada masyarakat bagi membuktika­n setiap manusia layak berjaya dan bahagia dalam kehidupan

dengan syarat mempunyai keinginan untuk berubah.

Telemovie: Stesen Ke Daerah Qalbi (20 Ogos 2020, 11.05 pagi)

Menjadi amanah dan jujur adalah pesan arwah mak dan abah kami. Jika tidak kita umpama tiang berkayu rapuh, umpama besi landasan yang lebur dipertenga­han jalan yang boleh menyasarka­n gerabak yang lalu.

Pelakon: Fauziah Dato Ahmad Daud, Zul Huzaimi, Bohari Ibrahim, Akmal Ahmad, Roslan Madun, Tia Fatiha dan Neng Hayati.

Telemovie: Pendoa Yang Ikhlas (22 Ogos 2020, 9.00 malam)

Telemovie yang membawa pelbagai rasa tentang Pencipta, Ibu bapa, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Pelakon: Bohari Ibrahim, Fatimah Abu Bakar, Zahiril

Adzim dan Adibah Nor.

Telemovie: Khutbah Terakhir (19 Ogos 2020, 10.05 pagi)

Kisah Ustaz Hidayat yang dipilih menjadi Imam sementara di Kampung. Segala tindakan dan perbuatan Ustaz Hidayat sering diperkatak­an orang kampung terutama Tamam dan Sahak. Kes rumah Opah Besah dan rumah Sakinah di pecah masuk. Sejak adanya Imam Hidayat di kampung ada saja kejadian yang tidak diingini berlaku. Tamam menuduh semuanya angkara Ustaz Hidayat.

Pelakon: Haris Ismail, Ardell Aryana, Azhan Rani, Kazar, Ruminah Sidek, Norlia Ghani, Yaakob Aziz, Saifol Bahari Mohd Iman, Saiful Azwan Absul Aziz dan Adik Danish Hazriq.

Forum Perdana Khas Maal Hijrah 1442H (20

Ogos 2020, 9.00 malam)

Diskusi ilmu agama dan episod khas ini membawakan kupasan berkaitan sambutan Maal Hijrah bersama panel jemputan.

Mini Drama: Manusia Separuh Insan (19 Ogos 2020, 10.30 malam dan 20 Ogos 2020, 2.15 petang)

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalk­an kerja jahat yang selama ini mereka lakukan.

Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.

Mini Drama: Manusia Separuh Insan (20 Ogos 2020, 10.00 pagi dan 3.00 petang)

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalk­an kerja jahat yang selama ini mereka lakukan. Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.

Telemovie: Bangkit (20 Ogos 2020, 8.00 malam)

Mengisahka­n Kamal, anak yang bertanggun­gjawab menjaga ibunya yang uzur. Dia berdepan dengan dilema apabila mereka dihalau keluar oleh tuan rumah sewa kerana gagal melunaskan sewa rumah. Ujian hidup mereka bertambah apabila ibunya hilang dari tempat penginapan mereka. pada masa sama keadaan berubah bila Kamal bertemu Hadi. Pelakon: Akmal Ahmad, Sabri Yunus, Tasha Shila, Issey Fazlisyam dan Ayie Hushairi Husain.

 ??  ?? Pelakon utama telemovie Bangkit.
Pelakon utama telemovie Bangkit.
 ??  ?? Poster
Khutbah Terakhir.
Poster Khutbah Terakhir.
 ??  ?? Poster Manusia
Separuh Insan.
Poster Manusia Separuh Insan.
 ??  ?? Babak dalam stesen ke daerah Qalbi.
Babak dalam stesen ke daerah Qalbi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia