Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Isa nafi terima RM3 juta daripada pegawai khasnya

Tidak pernah bincang atau tanya mengenai status pembelian MPHS

-

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Tan Sri MohdIsaSam­addalampem­belaannya di Mahkamah Tinggi semalam menafikan dirinya menerima wang sebanyak sembilan kali berjumlah RM3 juta daripada Muhammad Zahid Md Arip yang ketika itu pegawai khas politiknya berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Sarawak pada 2014.

Mohd Isa berkata beliau tidak pernah membincang­kan ataupun bertanya kepada Zahid mengenai status pembelian MPHS.

“Saya tidak pernah mengarahka­n Zahid untuk meminta agar Haji Ikhwan (ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel) memberikan ganjaran kepada saya kerana telah membantu meluluskan pembelian MPHS.

“Saya juga tidak pernah mengirimka­n apa-apa salam kepada Haji Ikhwan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya dan saya langsung tidak mengenalin­ya secara peribadi,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah yang dihadapiny­a.

Katanya setiap kali Zahid datang ke pejabatnya (Mohd Isa), Zahid hanya akan membawa dokumen dan tidak pernah membawa apa-apa beg kertas ataupun apa-apa beg besar lain.

“Sebagai ahli politik, saya merupakan seorang yang berhati-hati dan tidak mungkin akan menerima wang apatah lagi dengan jumlah yang begitu banyak di Menara Felda di mana orang ramai terutamany­a staf-staf saya boleh melihatnya.

“Pergerakan saya juga sentiasa ditemani oleh pengawal dan pemandu saya, jadi sekiranya saya ada menerima wang dalam kuantiti yang begitu banyak, tidak mungkin saya dapat membawanya sendiri dan tidak mungkin

“Saya juga tidak pernah mengirimka­n apa-apa salam kepada Haji Ikhwan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan saya dan saya langsung tidak mengenalin­ya secara peribadi. ”

Tan Sri Mohd Isa Samad Bekas Pengerusi Felda

juga untuk saya membenarka­n pengawal untuk membawa duit sebegitu banyak,” katanya.

Mohd Isa juga berkata beliau tidak pernah membantu dan meluluskan pembelian MPHS kerana beliau tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

“Saya sendiri telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pembelian MPHS tersebut, jadi mengapakah secara tiba-tiba saya meminta wang pula?

“Saya tidak pernah menjanjika­n apa-apa kepada Haji Ikhwan dan beliau juga tidak pernah menjanjika­n apaapa imbuhan kepada saya. Saya langsung tidak terlibat atau mengetahui berkenaan apa-apa perbincang­an yang berlaku di antara Haji Ikhwan dengan Zahid Md Arip,” katanya.

Katanya, beliau juga tidak memahami bagaimana boleh timbul perkataan ‘Salam’ sedangkan beliau tidak pernah berikan apa-apa salam kepada Ikhwan.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-16, Zahid memberitah­u mahkamah bahawa setiap kali Mohd Isa akan menyampaik­an ‘salam’ kepada Ikhwan ia adalah satu petanda yang menunjukka­n Mohd Isa memerlukan wang.

Ketika ditanya peguamnya Datuk Salehuddin Saidin semasa pemeriksaa­n utama bila Zahid dipecat daripada jawatannya, Mohd Isa menjawab “awal 2017 kerana ketika itu beliau mula menyokong parti Harapan.”

Mohd Isa dilantik sebagai pengerusi FICSB pada 2 Julai 2013 ketika FICSB mulamula ditubuhkan oleh Felda dan beliau juga merupakan seorang daripada ahli Lembaga Pengarah FICSB, namun beliau telah menamatkan perkhidmat­annya pada 25 Januari 2017 setelah empat tahun memegang kedua-dua jawatan itu.

Mohd Isa didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan menerusi Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai, 2014 dan 11 Disember 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Perbicaraa­n berlangsun­g di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BELA DIRI: Mohd Isa hadir pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah yang dihadapiny­a di Mahkamah Tinggi di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama BELA DIRI: Mohd Isa hadir pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah yang dihadapiny­a di Mahkamah Tinggi di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia