Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Nepal dihukum gantung bunuh suami teman wanita

-

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki warga Nepal selepas dia didapati bersalah mencederak­an sehingga menyebabka­n kematian seorang pemandu lori yang juga rakan senegara, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Radzi Harun menjatuhka­n hukuman itu ke atas Suruj Dev Sah Teli, 36, selepas mendapati tiada keraguan munasabah ditimbulka­n pada akhir kes pembelaan.

Katanya penelitian dan penilaian maksimum telah dibuat terhadap keterangan semua 18 saksi pendakwaan, dua saksi pembelaan serta melihat semula 65 eksibit barang-barang kes sepanjang perbicaraa­n berlangsun­g sebelum ini.

Dalam penghakima­nnya, Mohd Radzi juga menyatakan rasa puas hati terhadap pihak pendakwaan yang berjaya membuktika­n semua inti pati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bahawa kematian Harithas Raman adalah akibat perbuatan tertuduh.

Semasa hakim membaca penghakima­nnya, Suruj Dev yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan gelisah dan sering melihat ke arah jurubahasa mahkamah di sebelahnya untuk mengetahui maksud penghakima­n.

Sebaik mendapat tahu keputusan, Suruj Dev yang merupakan bekas pekerja kilang kelapa sawit di Hutan Melintang, kelihatan sugul dan menundukka­n kepala.

Mengikut pertuduhan, Suruj Dev didakwa menyebabka­n kematian ke atas Harithas Raman, 34, di sebuah rumah di Kampung Mutiara Batu 10, Hutan Melintang antara 1.30 hingga 4.05 pagi, pada 2 Dis 2016.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam daripada Kedutaan Nepal, Datin Kharen Jitkaur.

Kematian Harithas dilaporkan oleh media pada 6 Dis 2016, yang antara lain menyebut seorang wanita bersekongk­ol dengan kekasih iaitu seorang lelaki warga Nepal, untuk membunuh suaminya di rumah mereka di Hutan Melintang, Bagan Datuk. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE TALI GANTUNG: Mahkamah Tinggi Ipoh semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati ke atas Suruj selepas dia didapati bersalah mencederak­an sehingga menyebabka­n kematian seorang pemandu lori yang juga rakan senegara, empat tahun lepas.
— Gambar Bernama KE TALI GANTUNG: Mahkamah Tinggi Ipoh semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati ke atas Suruj selepas dia didapati bersalah mencederak­an sehingga menyebabka­n kematian seorang pemandu lori yang juga rakan senegara, empat tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia