Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja dipenjara kerana bunuh 23 individu

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintah­kan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h pada 2017.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman ke atas remaja itu yang kini berumur 19 tahun selepas mendapati dia gagal menimbulka­n keraguan munasabah atas 23 pertuduhan dengan sengaja membunuh 23 individu tersebut.

Remaja itu berusia 16 tahun ketika kejadian.

“Selepas mendengar keterangan semua pihak, mahkamah mendapati penama pertama (remaja itu) dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat membunuh, “kata Azman.

Hakim itu berkata oleh kerana remaja tersebut masih di bawah umur semasa kejadian, beliau telah mengguna pakai Seksyen 97(1) Akta Kanakkanak 2001 dalam menjatuhka­n hukuman tersebut.

“Terpulang kepada Yang diPertuan Agong untuk menyatakan syarat-syarat tahanan dari semasa ke semasa,” katanya.

Peguam Haijan Omar yang mewakili remaja itu dalam mitigasi berkata anak guamnya memohon maaf kepada semua yang terlibat dan berkata pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman semalam.

Pada 28 Jan 2020, Azman mengarahka­n remaja itu membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia