Utusan Borneo (Sarawak)

Taman awam ditutup, operasi premis perniagaan dihadkan di kawasan positif COVID-19

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengambil beberapa inisiatif segera bagi mengekang penularan COVID-19, antaranya dengan menutup semua taman awam dan mengehadka­n operasi premis perniagaan di kawasan yang merekodkan kes positif wabak itu.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor berkata kawasan berisiko termasukla­h Mukim Tawar di Baling yang membabitka­n Kluster Tawar, beberapa lokasi di Yan (Kluster Sala) dan daerah Kuala Muda (Kluster Muda).

Beliau berkata premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai 24 jam dan kedai serbaneka di stesen minyak di kawasan terbabit hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja, manakala pasar malam di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga dihadkan iaitu dari pukul 4 petang hingga 8 malam.

“Jualan hanya dibenarkan bagi makanan yang dibungkus dan penghantar­an sahaja, makan di kedai tidak dibenarkan dan majlis sosial ditangguhk­an termasuk program agensi dan jabatan kerajaan, manakala kenduri juga perlu ditangguh atau dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Muhammad Sanusi berkata keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri yang dipengerus­ikan beliau di Wisma Darul Aman, malam kelmarin.

Selain itu, Muhammad

Sanusi berkata semua masjid dan institusi keagamaan di kawasan yang didapati terdapat kes positif COVID-19 juga sudah diarahkan tutup serta-merta untuk proses sanitasi dan pengawasan sehingga kes selesai.

Beliau berkata semua ketetapan itu berkuat kuasa semalam dan satu Arahan Pematuhan berkenaan perkara itu akan diedarkan segera kepada semua PBT.

Mengenai kebimbanga­n ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah pula, beliau berkata setakat ini difahamkan bahawa situasi di sekolah adalah terkawal dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menutup sekolah.

“Jabatan Pendidikan kata (sekolah) setakat ini masih selamat dihadiri pelajar sebab ada prosedur operasi standard (SOP) berkesan untuk kawal (penularan wabak) dan bagi keluarga yang terlibat (ada kontak rapat COVID19), mereka dikuaranti­n di rumah atau di hospital dan tidak berada di sekolah,” katanya.

“Kuasa (tutup sekolah) terletak pada Kementeria­n Pendidikan atas nasihat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan perkara ini akan diputuskan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) di peringkat pusat dan pengumuman akan dibuat oleh menteri kanan... kerajaan negeri hanya umumkan perkara di bawah bidang kuasa PBT dan majlis agama negeri sahaja,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia