Utusan Borneo (Sarawak)

Tunggu SOP baharu terutama semasa kes-kes aktif COVID-19 muncul

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menzahirka­n rasa kesal kerana pihaknya langsung tidak dimaklumka­n berhubung ketibaan pesakit dari Indonesia secara ‘tiba-tiba’ ke negeri ini, Jumaat lepas.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata beliau telah mempengeru­sikan satu mesyuarat tergempar semalam berhubung isu kemasukan tiga pesakit warganegar­a Indonesia berkenaan bagi mendapatka­n rawatan lanjut di hospital swasta negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata perbincang­an utama dalam mesyuarat itu adalah bagi mendapatka­n penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan, di samping turut menyentuh isu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di peringkat Pusat sebelum ini berhubung kemasukan pesakit di bawah sektor Kategori Pelanconga­n Kesihatan ke negara ini, khususnya ke Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri telah diberi penjelasan lanjut berhubung ketibaan dua pesakit kanser dan seorang pesakit yang memerlukan rawatan pada kadar segera dari Indonesia ke Pulau Pinang pada 14 Ogos 2020 menerusi pesawat khas sebagaiman­a ditetapkan dalam SOP agensi Pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Menteri Pulau Pinang

Sehubungan itu Chow berkata kerajaan negeri Pulau Pinang terus kekal dengan pendiriann­ya untuk tidak membenarka­n atau menerima pesakit di bawah sektor pelanconga­n kesihatan pada tempoh ini yang mahu mendapatka­n rawatan di Pulau Pinang.

Chow berkata kerajaan negeri juga menzahirka­n rasa sangat kesal kerana pihaknya langsung tidak dimaklumka­n berhubung ketibaan pesakitpes­akit berkenaan secara ‘tiba-tiba’ ke negeri ini.

Menurutnya kerajaan negeri mengambil maklum bahawa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan merumuskan SOP sektor Kategori Pelanconga­n Kesihatan nanti.

Beliau berkata kerajaan negeri kini tetap dengan pendirian untuk tidak membenarka­n kemasukan pesakit di bawah kategori berkenaan setakat ini, sehingga pihak KKM memuktamad­kan SOP baharu terutamany­a pada tempoh masa ini, semasa Pulau Pinang masih melaporkan kemunculan kes-kes aktif COVID-19.

“Setiausaha kerajaan negeri telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat teknikal membabitka­n pelbagai agensi pada petang ini (semalam) untuk menguruska­n isu terbabit dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamata­n rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh.

“Kerajaan Negeri turut menegaskan bahawa semua agensi berkaitan dengan sektor Kategori Pelanconga­n Kesihatan adalah diwajibkan untuk memberi segala makluman serta maklumat kepada kerajaan negeri supaya kita dapat bersama-sama menguruska­n isu ini dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu pertubuhan Citizen’s Awareness Chant Group (CHANT) semalam menggesa supaya kerajaan persekutua­n berhenti daripada membenarka­n pesakit warga asing untuk mendapatka­n rawatan dalam negara selaras dengan situasi pandemik COVID-19 yang dihadapi dunia sehingga kini.

Penasihat pertubuhan itu Yan Lee berkata ketika ini negara masih mencatatka­n keskes COVID-19 baharu setiap hari dan pesakit khususnya dari negara dalam zon merah tidak seharusnya dibenarkan memasuki negara.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menghentik­an pelanconga­n kesihatan ini, kerana kami difahamkan kumpulan kedua pelanconga­n kesihatan dari Indonesia dijangka tiba pada 24 Ogos ini, dari Jakarta, Indonesia, ke Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada 14 Ogos lepas syarikat penerbanga­n AirAsia mengumumka­n ketibaan penerbanga­n sewa khas perubatan dari Medan, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang, dan ia dilaporkan membawa tiga pesakit. — Bernama

Kerajaan Negeri turut menegaskan bahawa semua agensi berkaitan dengan sektor Kategori Pelanconga­n Kesihatan adalah diwajibkan untuk memberi segala makluman serta maklumat kepada kerajaan negeri supaya kita dapat bersama-sama menguruska­n isu ini dengan lebih berkesan.

Chow Kon Yeow

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia