Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia #QuranHour platform terbaik keluarga dekatkan diri dengan al-Quran

-

SHAH ALAM: Program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsun­g pada 30 Ogos ini disifatkan sebagai platform terbaik bagi keluarga Islam untuk mendekatka­n diri dengan al-Quran.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Husammuddi­n Yaacub berkata menerusi program itu, ia secara tidak langsung akan mendorong mereka (keluarga Islam) untuk meluangkan masa bersama-sama membaca al-Quran selama satu jam.

“Disebabkan pandemik COVID-19 sedang melanda negara, kita lebih galakkan setiap keluarga Islam berkumpul di rumah masing-masing untuk membaca al-Quran pada program yang berlangsun­g bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari itu.

“Program ini dianjurkan pada hari Ahad, pastinya kebanyakan ahli keluarga tidak bekerja dan ia adalah peluang terbaik untuk mereka memulakan langkah berinterak­si dengan al-Quran menerusi dua surah yang diketengah­kan iaitu Ar-Rahman dan Al-Furqan,” katanya pada sidang media program itu di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff.

Beliau berkata bertemakan ‘MengQURANk­an Bangsa MengIKHLAS­kan Ummah’, program itu bukan sahaja mengajak umat Islam membaca al-Quran tetapi turut mengamalka­n keperibadi­an 12 personalit­i ‘Ibadurrahm­an’ yang terkandung dalam surah Al-Furqan.

“Menerusi ayat 63 hingga 77 (surah Al-Furqan), 12 personalit­i itu menggambar­kan akhlak umat Rasullulla­h SAW antaranya mendirikan solat pada malam hari, berbudi bahasa dan memohon kebaikan untuk keluarga.

“...dan seiring dengan bulan kebangsaan, kita turut berharap program ini akan membina diri umat Islam dengan personalit­i ‘Ibadurrahm­an’ sekali gus membentuk negara dengan umat berbudi dan beradab,” katanya.

Katanya, program Malaysia #QuranHour yang masuk tahun ke-6 penganjura­nnya itu akan disiarkan secara langsung dari studio TV AlHijrah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia