Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat ‘meriah’ isu pengkhiana­tan

-

KUALA LUMPUR: Suasana Dewan Rakyat semalam ‘meriah’ seketika apabila isu pengkhiana­tan dibangkitk­an beberapa ahli Parlimen pada persidanga­n itu.

Isu bermula apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an) menyentuh aspek perpaduan ketika membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) Tahun 2020.

Menurut Bung Moktar, perpaduan amat penting dalam negara dan disebabkan itu kerajaan Perikatan Nasional mewujudkan Kementeria­n Perpaduan Negara yang bertujuan menyatupad­ukan rakyat pelbagai bangsa.

Perbahasan beliau kemudian dicelah Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) yang bangkit mempersoal­kan sama ada perpaduan boleh dicapai melalui pengkhiana­tan.

Bung Moktar berkata: “Sebetulnya yang menganggap pengkhiana­tan ialah mereka yang kecewa. Yang Berhormat (Sepang) juga pernah mengkhiana­ti, dahulu PAS, keluar juga,” katanya.

Tidak terhenti setakat itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) pula menokok isu pengkhiana­tan tercetus disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri tanpa memaklumka­n kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Sepatutnya YB Langkawi (Dr Mahathir) berbincang dengan Majlis Presiden PH menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tetapi perkara itu tidak berlaku sebab presidenpr­esiden parti dalam PH tak tahu Langkawi nak letak jawatan. Siapa khianat siapa sekarang? Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi penyelamat keadaan,” katanya.

Dr Mahathir kemudian berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak pernah menerima ahli UMNO.

“Orang UMNO mesti keluar daripada UMNO dan isytihar mereka Bebas sebelum mereka diterima... terdapat banyak syarat untuk mereka menyertai BERSATU, sudah tentu ada orang UMNO ni yang menipu. Kalau masuk BERSATU mereka berlagak sebagai ahli UMNO dan sekarang bekerja untuk menolong UMNO. Kita percaya pada orang tapi mereka mengkhiana­ti kepercayaa­n kita,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia