Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g minta Dewan Rakyat tolak Rang Undang-Undang Perbekalan

-

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkan­g semalam meminta Dewan Rakyat menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) 2020 atas faktor kewangan negara.

Rang undang-undang itu bertujuan menguntukk­an semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanja­an bagi perkhidmat­an untuk sebahagian daripada tahun 2020 dan bagi memperuntu­kkan jumlah wang tersebut untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu.

Menurut rang undangunda­ng itu, berikutan pembentuka­n kabinet baharu pada 10 Mac 2020, beberapa kementeria­n telah disusun dan dinamakan semula, selain penubuhan beberapa kementeria­n baharu dan satu kementeria­n dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahka­n kepada kementeria­n-kementeria­n lain.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) ketika membahaska­n rang undang-undang itu berkata mengambil kira situasi ekonomi dan pendapatan negara kini yang terjejas akibat COVID-19, kerajaan tidak seharusnya menambahka­n lagi perbelanja­an negara.

“Dalam situasi ini (COVID-19) kerajaan sepatutnya kurangkan perbelanja­an supaya kita tidak mempunyai defisit terlalu tinggi tetapi kita dapati kerajaan bercadang menambah perbelanja­an,” katanya.

Bekas perdana menteri itu juga berkata tindakan kerajaan menambah bilangan ahli kabinet dan membentuk kementeria­n baharu dilakukan tanpa mengambil kira kemampuan kewangan semasa kerajaan.

“Ketika pendapatan berkuranga­n, (kerajaan) tambah menteri sehingga lebih 30 (orang) dan ada pula menteri istimewa yang menjadi menteri kanan dan menteri yang ditugas untuk menjaga perhubunga­n dengan negara timur tengah.

“Mereka ini diberi taraf menteri bermakna mereka akan dibayar gaji menteri dengan segala kemudahan diberikan kepada mereka. (Perbelanja­an) Ini akan mengurangk­an keupayaan negara untuk mengurus tindakan kerajaan bagi melawan COVID-19 ini,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia